Monday, June 29, 2009

....JANGAN sIMpaN DUIT !!! - (something to share)..

Artikel ni aku dapat e-mail dari kakak iparku....dia ni rajin betul meng'forward'kan e-mail2 yang berbentuk artikel tuk dijadikan informasi...so , let's read ape maksud artikel ni. Then, korang fikirlah sama ada benda ni logik atau tidak, sama ada ianya rasional atau tidak ye....

..."Jangan simpan duit....kertas atau elektronik..."


" Aku tak baca detail sangat tapi sejak jadi unit trust consultant ni , aku tau satu rule yang disebut RULE 27...org ekonomi tau benda ni. Kalau nak tahu half value the money....guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Sekarang ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say..dlm masa 18 tahun lagi , value duit RM100 kan jadi RM50.

Oleh itu , saving kita hendaklah cari yang dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Cthnya ; kalau saving dlm tabung haji... 4.75% dengan interest rate 4% , dlm masa 18 tahun akan datang , secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75%.

Pasal financial planning tu , ada yang kata duit boleh disimpan sampai 2nd & 3rd generation...but aku ragu2 sikit sebab apa yag aku tahu , pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang teruk yang boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (memang mereka bukan Tuhan , tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yang kukuh untuk sokong pendapat mereka ). Pakar ekonomi Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse , kita tak boleh amik duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr. M. Dia kata ni pasti terjadi dalam masa terdekat , 5 tahun , tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung UMNO. Dia kemukakann bukti berupa kenyatan2 dari penasihat2 Bush , professor di Harvard & Oxford , org2 kuat IMF , Bank Dunia & segala sifu2 zionis. Mereka kata system ekonomi kapitalis akan collapse , keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia tahun 1930's. Dan dia juga menulis buku bertajuk "Fast Forward"...

Umar Vadillo yang terkenal pernah mengkaji system kapitalis. Katanya , sistem kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang banyak membeli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai & cawangannya di Labuan. Katanya org Malaysia yang paling banyak menyimpan dlm akaun syarikatnya ialah Dr M & Pak Lah. Maknanya diaorg ni memang well prepared utk hadapi kehancuran sistem kapitalis.


Seorang Professor , Prof Kamil ada tulis buku pasal duit kertas & duit dlm bentuk angka ni (duit elektronik). Katanya duit dlm bentuk angka tu tak wujud sebenarnya dlm bank. Duit kertas yang kita simpan di bawah bantal atau tabung di rumah pulak , akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali. RM 1000.00 hari ni tak boleh ape pun pada masa depan. Terkejut aku baca penerangannya pasal 'money creation' oleh bank. Masalahnya cerita ni takkan keluar dlm arus perdana Malaysia (utusan , berita harian , star , nst)...Akhbar kita hanya memetik sebijik2 dari CNN , BBC...yang sebenarnya tak betul....Media mcm ni takkan cakap perkara yang benar. Kebenarannya , ekonomi sekarang sudah teruk..nak tahu teruk atau tidak , bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 zionis seperti Herald , Weekly Commentator , Jerusalem Post dan etc. Akhbar2 ni boleh di access via internet... Kemudian aku buat research sikit2 pasal money meltdown dan juga kekayaan dlm Islam.

Kekayaan sebenar ialah :
1) tanah (lebih baik tepi sungai atau ada air yang mengalir berdekatannya).

2) emas & perak.

Dan mengejutkan , sekarang ni emaslah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar ialah di US & Europe. Nak ambil emas , mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas.
Sudahnya , kita semua satu dunia simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (rujuk rencana via internet yang bertajuk 'THE DEATH OF MONEY'). Yang bernilai ialah emas , miyak dan kemudian air yang bersih. (kerana air akan tercemar teruk pada masa hadapan ). BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air 'SEA OF GALILEA' (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Ada kenyataan yang menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK) , akan dengan sendirinya menjadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia tahun 1997 , angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan sebenar. Bila baca surah Yusuf , dia terkejut , dan baru tahu kita semua kena simpan makanan, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu US skang , selain emas & minyak , SEDANG MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH !!!...Duit kertas & duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain dimana tiga per empat dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa utk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis Amerika).

beberapa petikan :

1- "over time , there is only one direction the dollar to go- lower" (Bob Mc Teer , Presiden Bank of Dallas0

2- "we have a 75% chance of crisis within 5 years" (Paul Volker , bekas pengerusi Federal Reserve Board)

well....tuk pembaca sekalian , aku letak artikel ni sekadar ingin berkongsi maklumat tuk kita jadikan panduan. Bukannya nak suruh percaya tapi kita kena ambil langkah yang perlu tuk masa depan.....benda ni semua terpulang pada pendapat individu masing...bak kata it's better to prevent than to cure( lebih baik mencegah dr mengubat)....what ever..lu orang pikirlah sendiri...kla, till next time, bye..

Sunday, June 28, 2009

There's gone a star in our life***...

***that cloudy morning , when i heard the news that the King of Pop just died.....suddenly , i was thinking and thinking.....actually i don't know what to think...yet. it's all so sudden. and truely i shocked with the news...never thought that he will be gone at this kind of age - 50 years old...and for me , he not that old...
***actually that morning , i was driving to sent my children to their babysitter house when i heard the news about MJ...and yes all these years , i've been grow up listening to his song , dancing , his tapping shoes and of course , his controversial life...first of all , i salute the talent that was gifted to him until he became an icon in the whole world....all the lyrics in his song has a message from his truly heart...
***the love that he shows as father to both his children is all the father in the world would do..protect their love ones from any harm , no matter how and what people would say...coz i understand it...and the last thing i heard that he converted to ISLAM , which some people doubt about it. if it's true that he converted , ALHAMDULLILAH & thanks to Allah to open his heart to this pure religion....
***well , let the sweet memory lives within our life.....and let's pray to Allah to put his souls with the angels and may he rest with peace and may Allah bless u....amin...***

Friday, June 26, 2009

Award & Tag lagi......

hai to all of u...what's up. oklah, ni award n tag dari kawan aku masa belajar kat Uitm, masa tu amik Diploma - FARASELA namanya...aku rasa ni first award dari FARA ni....anyway , thanks FARA coz still ingat aku and jenguk blog aku yang tak seberapa ni. and sorylah FARA , lambat masuk entry...



a ) Link/ceritakan kembali sape yang beri award ini pada anda.....:

1. namanya FARASELA - seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai sepasang
anak...(taknak tambah lagi ke?hehhehehe...)
2. suka berniaga (bisnes minded)......banyak gak barang2 yang dia jual , tapi aku tak pernah
beli..hehehehehe..sorry ye FARA...(trylah jual toys yang educational for babies & kids)
3. still duk ngan mak lagi....aiyohhh...anak mak lagi ke?hehehehehe

b) Setiap blogger mest menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya...:

1. first of all , aku suka memasak & mencuba resipi2 baru....sebab utamanya, aku suka makan.
hehehehehe..
2. sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang & baik hati serta mempunyai 2 org
hero setakat ni lah....(hahahaha...mcm ada ura2 nak tambah bilangan ahli keluarga tu...
hehehehe...)
3. suka window shopping je.....( yo la tu.....)
4. love to chat & lepaking + ngumpat (pasal adik2 aku jer....hahahahaha. tu pundengan cousin aku sendiri)
5. skrg keje ngan construction company - company family but rasanya nak cari keje lain...
(help....sesaper ada keje kosong tak?)
6. suka tengok wayang and still going to movie with my hubby...(sometimes bawak anak- tu pun
tgk citer yang dia boleh tgklah...cth : TRANSFORMERS...hehehehehe)
7. nak lagi ke?ni last lah....love to spend most of the time with family tersayang....


c) Anda mmesti menyatakan 6 penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka di blog anda....:

- hmmmmmm....no lah..aku taknak tag sesape cuma nak bagi award je...and that's all from me...bye , till next time , k...
- Mr. Janggel
- Syuq
- Home Sweet Home (ummi)




Thursday, June 25, 2009

Pengeluaran susu ibu

n3 kali ni aku nak kongsilah sikit tips-tips macam mana nak tambahkan susu ibu bagi ibu2 yang menyusu badan like me...ye lah, ada setengah2 ibu yang bekerja, jadi pengeluaran susu tu makin berkurangan and then bila anak mintak , dah tak cukup. tips ni pun aku dapat dari artikel dan juga petua dari orang2 tua.



  • beli pam susu yang berkualiti - itu bagi yang mampu. kalau boleh , buat saving dari awal bulan mengandung (2 bulan) tuk membeli pam yang berkualiti....
  • pam / perah susu dari awal - janganlah kita pam susu lagi 2 minggu nak keje tapi kalau boleh , 2 minggu lepas bersalin , dah mula mengepam. kalau nak tahan lama , simpan susu kat tempat freezer..at least boleh tahan 3 hingga 4 bulan.
  • minum air yang banyak - bila kita menyusukan anak , letaklah air di sebelah sebab nanti kita akan menjadi dahaga bila menyusukan anak.and digalakkan minum air susu , horlicks , milo. elakkan pengambilan miuman berkafein seperti kopi , nescafe dan tea.
  • antara makanan yang boleh menambah kuantiti susu adalah seperti biji halba , habbatus sauda , kurma ,kismis , sawi ,ulam-ulaman , sup2 ayam. cthnya : nasi yang kita masak, boleh ditambah biji halba sebelum memasaknya.
  • ambil supplemen tambahan - cthnya : vit B complex , vit C , fish oil , calcium magnesium.selain membantu menambah susu ibu , ianya juga membantu memberikan tenaga kepada kita.

oklah....setakat ni je dulu tips for adding more breast milk. ada tips lain nanti aku upload lagi ek..till next time, bye.

Tuesday, June 23, 2009

Daging Tempra


nampak cam sedap je kan. Memang sedap pun. Resipi ni aku amik dari DapurTanpaSempadan - Mat Gebu.....banuak betul lah resipi dia aku cilok..hehehehhe...kla , taknak citer panjang, jom kita tengok resipi..to Mat Gebu , sorrylah ek kalau ada yang aku tukaq kat resipi ni...
bahan-bahan :
- 400gm daging batang pinang (tapi aku guna daging tetel aje..)
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) *
- 1 inci halia (ditumbuk lumat) *
- 1 sudu teh kunyit (gaul dengan daging & perap selama 20 minit)*
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 2 biji cili hijau (potong serong)
- 2 biji cili merah (potong serong)
- 1 sudu garam
- 1 sudu gula
- hirisan daun sup & daun bawang
bahan kuah :
- 3 sudu kicap pekat
- 2 sudu kicap manis
- 1/2 cawan air
- 1 sudu perahan air limau nipis
(campurkan bahan kuah & ketepikan)
cara menyediakannya :
  1. panaskan kuali. tumis bawang besar , cili hijau , cili merah hingga wangi. kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. biarkan sebentar dan masak hingga daging agak lembut.
  2. masukkan bahan kuah dan gaul sebati. renih daging hingga empuk. masukkan garam dan gula serta perasa. biarkan mendidih sebentar di atas api hingga kuah agak pekat. tambahkan 1 sudu minyak makan jika kuah terlalu pekat.
  3. bila rasa sudah ok...boleh diangkat , taburkan hirisan daun sup & daun bawang serta bawang goreng sebagai hiasan.
  4. sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan..hehehehhehe

SELAMAT MENCUBA YE....

















Friday, June 19, 2009

TRANSFORMERS - Revenge of the fallen***

n3 kali ni kita citer sikit pasal this coming box office movie yang sememangnya dinantikan oleh peminat setia transformer. dan termasuklah aku..hehehehehhehe...citer ni memang menjadi kegemaran aku yang paling utama masa kecik2 dulu. ye la, dulu dalam bentuk animasi kartun aje.still sampai sekarang aku layan gak ngan anak aku.hehehehhee..aku lah yang ngajornya tu. masa 1st filem ni keluar dalam tahun 2007 , aku pergi tengok ngan husband. tiket aku beli awal2.takut takde tempat strategi nak tengok..hehehehehhe..punyalah fanatik gila aku pasal filem ni. sekarang ni anak aku plak yang sibuk nak sangat tengok citer ni. aku jadi peminat fanatik citer ni sebab jalan citernya yang tak membosankan dan kalau ditengok berulang kali pun , aku sanggup lah. karektor setiap watak berjaya dihidupkan sehingga meninggalkan kesan pada orang melihat. eventhough budak2 pun suka. bukanlah nak mengajar tentang violence kat diaorg tapi ada juga nilai2 yang positifnya. what ever pun, filem ni yang mana pengarah terkenal -Michael Bay dan Steven Spielberg , nyata tidak menghampakan. so , Transformers is coming over to Malaysia...people, u better watch for the revenge......


ni Optimus Prime - selaku ketua bagi autobots yang melindungi manusia
ni plak , Bumblebee - penjaga Sam Witwicky..hero nerd yang hot....!!!

ha,,this one aku rasa memang korang kenal. Megatron - ketua kepada Decepticon....yang ingin menghancurkan dunia manusia....



oklah..kepada peminat transformer sejak dari dulu lagi , nantikan kedatangannya ke pawagam pada 24.06.09. aku sure mesti pergi but this time bukan ngan hubby je, aku nak bawak anak aku yang sulung - Jafin. dia dah excited sangat. Danial, sorrylah ye dik ,kecik lagi..kenalah tinggal....
kla, till next time ,bye.

Ayam Mas Merah




resipi ni aku amik dari Dapur Tanpa Sempadan- Mat Gebu sebabnya aku tengok nampak sedap lah pulah ayam mas merah. dan kebetulan , dalam fridge ada banyak stok ayam...hehehehehhe...bila dah masak , rasanya mcm masak paprik pun ada , macam masak merah pun ada.kla, taknak citer panjang , jom kita tengok resipinya...


bahan -bahan :

- 500 gm ayam (potong ikut suka)
- 2 sudu kecil kunyit
- 2 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 inci halia ( ditumbuk tapi aku racik je..)
- 3 sudu besar cili kisar (aku pakai cili boh instant punye...)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin tomato puri (aku pakai 5 sudu besar sos tomato)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji cili hijau (potong serong)
- 1 tangkai kulit kayu manis (rempah tumis)
- 2 bji bunga lawang (rempah tumis)
- 4 tangkai bunga cengkih (rempah tumis)
- 1/2 cawan air
- garam & gula secukupnya.


cara memasak :

1. ayam dicuci bersih. satukan dengan garam dan kunyit. perap selama 20 minit. kemudian goreng sehingga agak kekuningan. angkat dan
toskan.
2. keluarkan minyak lebihan , tinggalkan 1/3 minyak sahaja. tumis bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih , bawang putih ,
halia , serai titik & cili kisar sehingga naik bau & pecah minyak.
3. masukkan tomato puri / sos tomato, cili sos dan kacau sebati. kemudian , masukkan ayam , cili hijau , bawang besar dan air. kacau
sebati dan masak sehingga kuah agak pekat.
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. bila rasa dah ok tu , bolehlah diangkat. hiaskan dengan kacang peas dan bawang goreng.
(kacang peas aku tak pakai...hehehehe..letak bawang goreng je)

masakan ni sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi beriani ke...hehehehhehe...nanti aku nak try buat nasi beriani lak. to Mat Gebu , thanks for the recipe and sorry ada tukaq sikit u punya resipi..hehehehe
Posted by Picasa

Tuesday, June 16, 2009

Shopping online***

recently ni aku masuk satu laman web yang menjual barangan bayi sehinggalah ke kanak2. kualiti barangnya seperti fisher price but harganya a little bit murah sikit la. pastu aku ternampak la diaper beg.sangatlah useful sebab begnya besar dan boleh isi banyak barang. takyah lagi aku kena bawak satu diaper beg , satu beg susu. senang ,danial ngan jafin punyer barang leh letak sekali. sampaikan hubby aku pun berkenan kan beg tu....katanya sesuai bawak gi mancing..hehehehhe..then ,ada plak storage box.aku terpikirlah mainan jafin dah takde tempat simpan..bukan takde , ada 2 bakul tapi dh tak muat.kebetulan storage box ni penutupnya ada kusyen kepala bear...kids boleh duduk...kira 2 in 1 lah kegunaannya..storage box and seat.







tengok tu jafin, siap panjat tu

ni lah storage boxnya.comelkan.aku rasa pas ni kena beli lagi..coz danial semakin membesar , semakin besarlah simpanan mainan diaorg...hehehhehe


ni lah diaper beg yang aku beli .besar kan dalamnya.ada banyak compartment dan boleh digunakan sampai diaorg besar.after that ,mak bapak nak pakai pun boleh.beg ni mcm beg sekolah bentuknya.back pack. ada yang sling back tapi aku memikirkan for future..senang pakai back pack ni.tuk pengetahuan semua , beg ni dia bagi sekali ngan changing mat.very convienent kan..takdelah anak2 kita terkena kotoran semasa menukar lampin diaorg. and most importantly , beg ni kalis air.so , kalau kena hujan , barang kat dalam tak basah.pandai tak aku cari barang tuk anak2...hehehehee


ni plak, rupa beg dari luar. nama beg ni baby blue.actually ada kaler hitam , tapi kakak tu kata , dah abis sebab hot sale...terpaksalah amik yang ni.but oklah.. sape2 yang rasa nak cari barang2 yang mcm fisher price but harga affordable , leh la layari http://www.leanalittleshop.com. kat sini mcm2 ada.educational toys tuk anak2 pun ada.kla..tu je n3 kali ni..till next time..bye.





Monday, June 15, 2009

fried bayam with tofu telur

ni gambar close up punye....hopefully clear lah ek..
weekend baru ni aku masak simple je..kebetulan aku ada beli tofu telur.kang biar lama2, jadi tak elok plak. so , memandangkan sayur bayam pun ada, carrot pun ada. cara masak pun ala2 mcm kailan ikan masin gak. jom kita tengok bahan2nya..
bahan -bahan :
- 200gm bayam (dipotong kecil)
- 1 batang carrot ( dipotong panjang)
- 1 bungkus tofu telur (dipotong bulat)
- 2 ulas bawang merah 9diracik halus)
- 2 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 mangkuk kecil udang gelagau
- 3 sudu sos tiram
- sedikit garam
cara memasak :
-panaskan minyak. goreng tofu telur. angkat dan toskan. ketepikan dahulu.
-tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
-masukkan sos tiram, carrot. biarkan mendidih seketika sehingga carrot lembut.
-masukkan udang gelagau dan bayam. masukkan garam secukup rasa.
-akhir sekali baru masukkan tofu yang telah digoreng tadi. kalau nak tambah air pun boleh.
sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.


Friday, June 12, 2009

***Award lagi***


kla...n3 kali ni pasal award plak. ni dari sape lah lagi yang nak bg award kalau bukan dari muza...thanks anyway for the award..u are the greatest friend...layan pics award je ek...

2 hari lepas dah tak tau nak masak ape...so , nak senang citer , aku buat sardin masak sambal je. tapi tu pun tak pedas sangat sebab nanti jafin takleh nak makan plak. oklah , taknak citer panjang..jom kita tengok resipinya...


bahan - bahan :

- 1 tin sardin
- 2 ulas bawang merah (diblender)
- 2 ulas bawang putih (diblender)
- 3 sudu besar cili boh (nak buat sendiri boleh , nak pakai yang instant pun boleh)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1 tangkai cili hijau (dibelah empat)
- 1 tangkai cili merah (dibelah empat)
- garam dan perasa secukupnya.
- 1/2 cawan air asam jawa


cara memasak :

1. panaskan kuali. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan naik bau.
2. kemudian , masukkan cili boh dan biarkan masak seketika hingga pecah minyak.kemudian masukkan air asam jawa.
3. setelah itu , masukkan sardin. biarkan masak dalam 10 minit. masukkan bawang besar , cili hijau , cili merah.
4. masukkan garam dan juga perasa.biarkan mendidih lagi dalam 10- 15 minit.
5. boleh lah diangkat. sedap dihidang bersama nasi panas atau cicah dengan roti.
Posted by Picasa

Thursday, June 11, 2009

*** DJ's memory lane *** ulangtahun perkahwinan

happy anniversary !!! -tup..tup..dah 3 tahun aku mendirikan rumahtangga. ari tu tak sempat nak upload, so a little bit late sikit. 04/06/09 - tarikh ulangtahun perkahwinan diana & johan yang ke 3. syukur alhamdullilah semuanya telah selesai dan aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku seorang lelaki bergelar suami. dan alhamdullilah, setelah aku dan johan menempuh pelbagai rintangan, akhirnya kami disatukan. nak dipendekkan citer , kami telah berkawan selama 12 tahun , then baru decide nak mendirikan masjid. dipendekkan lagi aku melamar suami aku yang mana ketika itu hari jadinya yang keberapa 26.hahahahaha...brutal sungguh isteri johan ni. To suami tercinta - Johan Haswandi b jaafar , terima kasih kerana menerima diri saya seadanya and thanks for everything ,...of kos, aku bersyukur sesangat dan rasa amat bertuah kerana dikurniakan 2 orang putera yang cukup comel. pahlawan la katakan- anak kami yang sulung..Muhammad Jafin Halifi dan yang kedua Muhammad Danial Halifi. kehadiran mereka mengindahkan lagi hidup kami..permata hati DJ. hehehehhe....no 3?insyaallah , coming soon.....to papa . jafin , danial , mama sayang u all...semoga perkahwinan kita berkekalan dan semoga jodoh berpanjangan.....amin..sayang semua..mmmmuuuuaaahhhhhsss!!!
kita layanzzz pics...till next time..bye.


saat nak mengucap ijab kabul...berdebar siot...
upacara membatalkan air sembahyang....thanks atas pemberian mu..

selesai akad nikah


bergambar di studio....



berarak menuju ke dewan....pelamin kat dewan..




upacara wajib setiap majlis kahwin..potong kek...hehehehe..thanks to peol kerana menyediakan katering dan sponsor kek aku..(peol : member dari zaman sekolah)






putera sulung - MUHAMMAD JAFIN HALIFI B JOHAN HASWANDI






putera kedua - MUHAMMAD DANIAL HALIFI B JOHAN HASWANDI...



p/s : kepada yang pernah komen kat n3 lama..sorrylah , aku dh delete n3 tu sbb nak edit...sorry yer..


Tuesday, June 9, 2009

celebrate anniversary & father's day...

petang tu , aku bawak jafin ngan danial ke taman...saja je bagi diaorg happy.....jom kita layan gambar2 masakan yang aku snap.ni macaroni cheese bakar.first
time hubby aku makan sebab dia tak reti makan macaroni ni...hhehehehhe..aku lah ngajornya...
air double choc....air ni aku buat satu jug.habis dikerjakan anak dan suami aku.sedap katanya. so, aku pun buatlah lagi satu jug....laku gak....hehehehehe


ni plak sayur kacang panjang goreng ngan carrot je. actually aku goreng tuk anak aku sebab dia suka makan sayur.bagus tuk kulit ngan mata....tuk makan ngan mee hoon goreng pun ye...hahahahha



mee hoon goreng verse 1.menu ni hubby aku yang memandai tambahkan.jenuh aku bekerja keras kat dapur ari tu..



dan yang paling utama, this is the main course la. spagetti marinara goreng with pomodoro sos. ha , mesti korang rasa ya Allah , panjangnye nama...nak buat cam mana.dah itu namanya. dan alhamdullilah , aku berjaya gak memasak kesemua makanan diatas walaupun penat. cayok diana....cayok...!!!






jafin ngan cousinnya on the way nak ke taman..diaorg ni tinggi lebih kurang je...beza pun tak banyak. 2 tahun...





ni muhammad danial halifi yang baru nak melelapkan mata tapi dikacau oleh mamanya.hahaha..sorry ye dik...






n3 kali ni about celebration our 3rd anniversary and father's day. recently , saturday baru2 ni kan public holiday, so , aku masak lah special sikit sebab celebrate 2 occassion sekali- anniversary and father's day. dah father's day ke?kalau belum pun , celebrate in advance....hehehehehehe...disebabkan ada 2 occassion , aku siap2 beli bahan2 kat supermarket.hehehhehehe..bersemangat tu. this year memang awal2 aku dh cadangkan kat hubby aku, takyah makan kat luar, ye la, dh 2 tahun berturut2 makan kat luar je, dah naik bosan lak. menu pun awal2 aku dah pillihkan. yang senang , sedap dan tak pedas, at least jafin leh makan...ni lah first time celebrate 2 occassion , aku masak.penat gak lah...nasib baiklah hubby ada , dia yang tolong jaga anak2...thanks sayang. :) and to my dearest son, nanti mama buatkan double choc lagi ek...sayang semua..mmmuuuuaaahhhhhh !!!!...



Monday, June 8, 2009

macaroni bakar



actually resipi ni dah lama terperap dalam peti...sekarang baru nak keluarkan...hehehhee..and thanks tomy sister in law..resipi dia gak....
bahan -bahan A :
  • 500gm macaroni (direbus dan ditoskan airnya)
  • 3 sudu besar mentega

gaulkan macaroni dengan mentega dan ketepikan..

bahan -bahan B :(kuah daging)

  • 300gm daging cincang
  • 100gm udang (dikopek & dibersihkan)
  • 1 inci halia (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang merah (dipotong bulat)
  • 1/2 cawan air (tuk buat kuah)
  • 1 sudu pes (serbuk kari + air)
  • carrot (dicincang halus)
  • bayam (dicincang halus)
  • 1 tangkai daun sup (dicincang halus
  • garam secukupnya

bahan -bahan C :

  • 250ml susu segar
  • 3 biji telur
  • lada hitam dan garam secukupnya

keju yang telah siap diparut / dipotong

cara memasak :

  1. panaskan minyak. Tumis bawang merah , halia dan pes sehingga wangi dan pecah minyak. masukkan daging dan udang. tambahkan sedikit air. biarkan sehingga daging dan udang betul2 masak
  2. kemudian masukkan sayur (carrot dan bayam -actually bleh pakai mix vegie..tapi aku terlupa nak beli..hentam sajalah..). Gaulkan sebati. Masukkan daun sup dan gaul sehingga sebati. masukkan garam.
  3. kemudian , satukan bahan C dan pukul sebati. kemudian satukan dengan macaroni dan bahan daging tadi. gaulkan sebati kesemua bahan-bahan tadi.
  4. masukkan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah dilengser dengan mentega. ratakan.
    taburkan keju yang telah diparut / dipotong di atasnya.
  5. bakar pada suhu 180'C , selama 40 minit atau sehingga keperangan. sejukkan sebentar dan apalagi...makanlah...

SELAMAT MENCUBA...ENAK DIMAKAN WAKTU PAGI DAN MINUM PETANG...


Friday, June 5, 2009

ikan masak laprik


resipi ni aku baru je try but dah lupa amik kat mana.tak silap kat mesra.resipi.net kot.dah lama terperap, baru try..oklah, not bad.tak pedas and kids boleh makan.jom, kita tengok ape bahan2nya...


bahan-bahan :

- 3/5 ekor ikan selar (nak guna ikan kembung pun boleh)
- 10 ulas bawang putih - (ditumbuk tapi aku blend kan aje...kes malas tumbuk la ni)
- 10 biji cili api (ditumbuk tapi yang ni pun aku blend...kalau taknak pedas, kurangkan cili api ye)
- 3biji bawang besar (dipotong dadu)
- 2/3 helai daun sup
- 2/3 helai daun bawang
- air perahan 2 biji limau nipis
- 1/4 cawan air
- sedikit garam ,gula dan serbuk perasa


cara memasak :
  1. ikan dibersihkan.kemudian digoreng bersama kunyit dan garam dan diketepikan.
  2. tumis bawang besar , bawang putih , cili api sehingga garing. masukkan air dan air perahan limau nipis.
  3. biarkan mendidh sebentar. masukkan ikan yang telah digoreng tadi. kemudian masukkan daun sup dan daun bawang.
  4. masukkan garam , gula dan serbuk perasa secukup rasa. setelah siap, boleh diangkat..taburkan dengan bawang goreng.

senang dan simple je kan.makan ngan sambal belacan lagi sedap dan terangkat..oklah, selamat mencuba..bye.









kurma ayam


this time kita tengok ayam masak kurma plak ye..resipi ni aku masak weekend baru2 ni...dh lama tak masak kurma ayam...so, this is my version..hehehehehe
bahan-bahan :
- 300gm ayam (dibuang kulit & dibersihkan)
- 1 cawan rempah kurma
- 2 ulas bawang merah (diracik halus)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1/2 inci halia (diracik halus)
- 1 cawan santan
- 2 ulas bawang besar ( dibelah empat)
- cili hijau (dipotong panjang)
- cili merah (dipotong panjang)
- rempah (bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih)
- 2 cawan air
- garam dan perasa
- 2 sudu minyak tuk menumis
cara memasak:
  1. panaskan kuali.tumis bawang merah , bawang putih , halia dan juga rempah 3 serangkai hingga wangi dan naik bau.
  2. kemudian, masukkan rempah kurma dan sedikit air.biarkan ia sehingga pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan gaulkan sebati. masukkan garam dan perasa dan tambah lagi sedikit air. gaul sebati dan biarkan seketika.
  4. setelah ayam separuh masak, masukkan pula santan sedikit demi sedikit. kacau bagi sebati.
  5. masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. masak lagi di atas api selama 10 hingga 15 minit.
  6. boleh lah diangkat dan dihidangkan..sedap dimakan bersama nasi putih semasa panas.

anak aku cukup suka dapat makan kurma..dah memang faveret dia...sebab ianya tak pedas...anyway, selamat mencuba...till next time..bye..


Wednesday, June 3, 2009

2nd award***

1. Copy paste award
ok..ni 2nd award dari member baik aku dan jugak kawan seuitm aku..sape lagi, muza lah.. Softtouch (Hanim)

2.Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
a) seorang ibu yang penyayang...it's true...
b) lately ni, suka memasak..walaupun simple je masakanya
c) pemalu orangnya and of course dah kawin
d) ada seorang anak...muza, bila nak tambah lagi satu?umur dh meningkat ni...
e) a really good friend and nice to hang out with...cubalah, kalau tak percaya...


3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau
hobi diri sendiri
sebelum memilih penerima award seterusnya
a) suka tengok masak and mencuba resipi2 baru
b) ibu kepada 2 orang putera idaman malaya..hahahahaha..
c) berkahwin dengan suami setelah hampir 10 tahun berkawan...(banyak dugaan ooooo...)
d) pantang tengok umah bersepah..rimas...
e) suka spend kualiti time ngan anak2 (cth : bawak diaorg pergi jalan2 kat taman ke, shopping mall atau holiday kat mana2 lah..)
f) suka tengok wayang and still lagi tengok wayang..selalu pergi ngan hubby...(pergi dating ler)
g) degil orangnya and sometimes panas baran..hahahahaha...(any komen?)
h) nak lagi ke?last la ek...sangat sayangkan suami & anak2..(kalau boleh nak anak lagi..boleh ker?hehehehehhe...sape nak jawab tu)

4.Anda perlu menerima 10 penerima award
seterusnya dan describe tentang mereka
a) Hanieliza's Cooking- suka tengok blognya..bleh dapat banyak inspirasi masak2...
b) Janggeltrekker's life - cousin aku yang cukup aktif berblog....
c) Home sweet home - seorang ibu yang bekerja tapi boleh masak yang sedap2 tuk family..syabas ummi


oklah...tu je kot...sorry arr muza, lambat jawab tag and amik award muza bagi ni.. jangan mara ye...

Tuesday, June 2, 2009

mak masuk hospital serdang...***

ni masa ni baru lepas operation "stapler hammaeoride"


23hb may 2009 - mak aku di'admit'kan ke wad 2 hari lebih awal utk buat stapler hammaoeride. nak klip tempat pembuangan air besarnya..buasir ler...so , aku yang antar mak aku pagi ngan anak aku yang sulung. pagi gak la aku kejut anak aku tu. yang no 2 aku antar ke rumah babysitter sementara. aku teman mak aku kat hospital sampai adik- adik aku datang. then , aku balik..diaorg pulak teman mak aku..



24hb may 2009 - 2nd day mak aku kat hospital. tapi ari ni aku datang lambat sikit. ye la , nak mengemas rumah lagi , nak menyiapkan anak aku lagi , nak memasak lagi...pendek kata kat rumah, aku macam jadi 'bionic women'....mcm lipas kudung...hehehehhe..takpe sementara masih muda..so , tup tap tup tap , dalam pukul 2.00 aku bertolak dan sampai kat sana lebih kurang dalam pukul 2.30 petang. sian mak aku sorang2 kat hospital. ye la, nak buat mcm mana kan...



25hb may 2009 - pepagi lagi aku dh sampai kat hospital...rasanya dlm kul 8.00 kot.anak aku , dua dua aku antar umah babysitter...takkan nak bawak kot sebab ari ni mak aku kena buat operation tu. so, pagi tu aku sampai , and tggulah agen yang jual stapler tu. sebab kena bayar kat dia. pihak hospital kata , diaorg memang takde simpan benda tu, kena order. sampai je dia, tetiba aku kena bayar 1800.00. terkezut beruk aku dibuatnya..ye la, mula2 kata dlm 1350 je , kat tangan aku ada 1700. aku call hubby aku,tanya mcm mana..dia kata teruskan aje...duit selebihnya,nanti dia cari...

10.45 am - setelah bersetuju , mak aku pun ditolak masuk ke bilik operation.berdebar jugaklah rasa hati ni. sape tak sayang mak sendiri..pulak tu mak aku tak pernah buat sebarang operation...takut pun ada.takut anything happen to her. lebih kurang 3 jam aku ngan adik2 aku tunggu depan bilik operation tu. risau tu...bila la nak keluar...at last , mak aku keluar jugak akhirnya..


2.00 pm - kitaorg jumpa mak kat wad.aku tgk dia menahan kesakitan sbb baru lepas buat operation. pulak tu kesan ubat bius tu dah hilang , jadi dia terasa sakit la.aku ngan adik beradik yang lain pun taknak kacau dia lama2. malam tu , adik aku yang perempuan teman mak kat hospital, jaga dia.nak harapkan sape lagi , ye tak..sekarang ni , alhamdullilah , mak aku dh keluar hospital dan berehat kat rumahnya. aku doakan semoga mama cepat sembuh dan sihat selalu...


SALAM SAYANG DARI ALONG SEKELUARGA - DIANA , JOHAN , DANIAL , JAFIN

nasi goreng cina



bahan - bahan :
- 6 cawan nasi ( nasi belen masak malam tadi)
- 30 gm udang kopek
- 10 gm isi ayam
- carot (dipotong halus)
- kacang panjang (dipotong halus & bulat2)
- 3 biji telur
- 3 ulas bawang putih (diracik halus. aku ketuk aje)
- 2 ulas bawang merah (dipotong bulat)
- minyak (of kos lah kan...hehehehe..kalau tak, cam mana nak masak)
- garam secukup rasa
- bawang goreng (utk hiasan)
cara memasak :
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. kemudian, masukkan udang dan isi ayam. gaulkan sebati.
  2. setelah itu , masukkan kacang panjang dan carot. gaul sebati. masukkan telur.biarkan seketika, kemudian hancurkan.gaul sebati...
  3. masukkan nasi dan gaul sebati. perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. angkat, taburkan dengan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan.

ni masak simple , sebabnya aku dh tak tau nak masak ape...dan malas..monday blues la katakan...hehehehehhee...jadilah, suami aku makan je...anyway , selamat mencuba ek...

Monday, June 1, 2009

kung pao chicken



bahan- bahan A :


- 600 gm isi ayam / daging

- tepung jagung
- garam

salutkan isi ayam dengan tepung jagung dan garam.goreng dan toskan.


bahan - bahan B :


- 100gm kacang gajus (goreng dan toskan)

- 30gm cili kering (potong dlm 1 inci)

- 2 bji labu bawang besar (dipotong dadu)

- 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

- 2 inci halia (ditumbuk halus)

- 1 biji cili benggala hijau (dipotong lebar)

- 2 sudu sos tiram

- 2 sudu sos cili

- 1/4 cawan air

- minyak tuk menumis

- sedikit garam

cara memasak :



  1. panaskan minyak di dalam kuali. goreng cili kering hingga garing.
  2. kemudian , tumis halia , bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. masukkan cili benggala , sos cili dan sos tiram air. biarkan mendidih seketika.
  4. masukkan kacang gajus dan biarkan ia kering seketika. kemudian boleh la diangkat.
  5. sedap dihidangkan ketika masih panas bersama sama nasi putih.






SELAMAT MENCUBA.....


penang (cuti tahun baru cina) 2nd part

kat tanjung bunga yang telah berubah wajah selepas tsunami..tanahnya ditambak di atas laut, then , dibuat kawasan perumahan...dahlah kena tsunami, tambak lagi laut tu...hishhh...berani betul ...kat padang kota baru....tgh melepak kat batu batuan menikmati pemandangan laut yang terbentang luas

kat padang kota baru..baru lepas makan char kuey teow ngan nasi kandar..hehehehehee...


dalam bilik hotel...ape aku tak puas hati ni, ade ke pintu bilik air pakai policarbonate je...memang la nampak bayang2 org yang dalam bilik air tu..hish....taubat duk kat hotel ni dh...



baru lepas turun dari feri..panas ooooo..masa ni tgh tunggu cousin aku datang...


ha..ni 2nd part plak...hehehhehhee..dh pandai main part2 plak aku ni...ye la, to guru ada...masa ni masih lagi kat penang. pagi after breakfast tu , aku ngan hubby bawaklah jafin ke pantai batu feringgi...saja je jalan amik angin kat pantai. actually aku pun dh lama tak pergi penang.last pergi masa tu baru lepas incident penang dilanggar tsunami. rumah makcik aku pun kena gak tapi alhamdullilah dia sekeluarga terselamat. tu je last aku pergi penang , tu pun sebab jenguk dia.
then , after pergi pantai , kitaorg singgah lah kat umah makcik aku tu .namanya aunti zainon, panggil aunti enon je. dia ni kakak kepada mak aku. ada lagi sorang adik beradik mak aku yang tinggal kat penang, abang kepada mak aku. tapi masa kitaorg ke penang ari tu dia pun takde umah , bercuti ke kelantan. so, umah aunti enon je lah yang ada. tghari tu dia masak nasi tomato..dia masak memang sedap...after that, kitaorg pegi ke padang kota plak...padang kota baru...dh banyak perubahan kat penang ni sebenarnya...tapi yang pasti char kuey teow padang kota tu yang tak boleh tahan...hubby aku makan pasembor...makanan kat penang oklah..rate pun tak berape tinggi sangat berbanding kat KL tu.
malam tu , pergi night market lagi. kat sini, barang - barang ngan souvenirnya murah..termasuklah dvd.hubby aku borong sampai dekat 20 dvd...ada yang kengkawannya pesan..ari kedua tu , kitaorg tidur kat umah akcik aku plak..aktiviti tak banyak pun cuma pergi ke pasar pagi kat stadium...ntah ape namanya pun aku lupa.. then, lepas makan lunch tengahari tu, kitaorg makan kat pantai batu ferinngi...apelagi, bertolak balik ke selangor la....perjalanan balik ni terasa macam cepat berbanding ngan masa nak pergi...pelik..pelik...

sampai kat rumah dalam pukul 7 petang...huih..penat giler...malam tu, kitaorg tapau je dari Kuchai's tomyam..aku dah tak larat nak masak.......and as for me...walaupun pecutian ni taklah rand but it's the sweetest memory that i have with my family..insyaallah , danial dh besar sikit , bleh la pergi lagi...mesti lagi fun sbb jafin dah adik...hehehehe..
k, till next time..bye...

penang (cuti tahun baru cina 2008) 1st part

termenung meamandang ciptaan Illahi..takut naik feri anak aku ni...hehehehe..gayat

say cheese...!!!


kereta yang diparking kat dlm feri..hehehehe


ni kat restoran the SHIP....kat belakang dapurnya...adaa mcm2 jenis hidupan laut...





in front of the SHIP..bergambar ajelah....












jafin takut kena air laut....hahahahah...sampai kakinya terbenam kat dlm pasir. pun aku buat bodoh jek...hehehehehe..sian anak mama..






atas feri with his beloved father....








dh takut..kenalah aku dukungnya....ditambah plak ngan angin bertiup sepoi2 bahasa....nyaman je terasa...aman dari kesibukan kota KUALA LUMPUR....





nak dijadikan citer, ni sebenarnya trip ke penang masa cuti tahun baru cina 2008. tahun lepas nyer citer lah ni..rasanya tak basi lagi kan. well, memandangkan masa tu jafin dh boleh jalan, aku pun tak preggy lagi , aku ngan hubby decide pergi ke penang. ye lah , tak yah lah nak berendik2 bawak stroller la, walker la...heheheheh...leh shopping ape yang patut...bonet letak beg baju je.
kitaorg bertolak ke penang, tak silap masa tu dua hari sebelum tahun baru cina, lebih kurang dlm kul 10 pagi. perjalanan plak tu megambil masa 3 hingga 4 jam. semasa dlm perjalanan tu, banyak gak lah berenti di perhentiannya...tu la,aku nak drive, hubby tak bagi..at least leh tukar
2 driver, takdelah penat sangat ye tak...then, masa sampai kat seberang prai, masyaallah , jalan punya lah jem...iye lah , kitaorg ingatkan masa tu jalan takdelah jem teruk mcm tu. dekat 3 jam tersangkut dlm jem , jafin plak dh merengek..tahu2 je lah budak kecik ....bukan leh keta stuck kat dlm jem, ada jelah kerenahnya...
kitaorg sampai betul2 kat pulau lebih kurang dlm kul 5 petang la.then, hubby aku dh malas nak singgah mana2..terus pegi ke hotel yang sepatutnya kitaorg check in.tu pun dapat bilik last minit, cousin aku yang tolong booking kan.hehehehehe..nasib baiklah ada dia. sampai je kat bilik hotel , terbungkang terus semua..kepenatan sesangat.aku pun apalagi, mengemas lah ape yang patut..mandikan jafin, susu kan dia, then baru dia boleh tido. lebih kurang , kul 8.00 mlm, baru kitaorg kuar cari makan...jalan 2 kat night market. aku nak naik beca , tapi memandangkan dh malam sangat, hasrat tu aku batalkan.esok ajelah naik beca....frust gile...
oklah..layan pics dulu..ada lagi..2nd part..TUNGGUUUUUU....!!!



abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin