Tuesday, July 28, 2009

Hilangnya permata Berharga...R.I.P to Yasmin Ahmad

property picture from :yasminthestoryteller.blogspot.com





Pagi ari Isnin...aku terkejut bila hubby bgtau yang yasmin ahmad sudah meninggal dunia..lebih kurang jam 11 lebih malam ahad...sedangkan ari sabtu tu , berita mutakhir yang aku dengar , dia buat operation membuang darah beku.
Yasmin Ahmad - aku mengenalinya melalui iklan2 Petronas yang selalu dimainkan di TV3...iklan yang mencerminkan ciri2 negara kita....filem-filem arahan beliau mengandungi makna tersirat yang perlu penonton huraikan sendiri...ada antara filemnya yang aku dh tengok, contohnya, Sepet , Mukhsin , Rabun...filem2 arahannya memang unik..ada keistimewaan tersendiri...dia antara pengarah & karyawan yang berkaliber dlm mencetuskan ideanya serta arwah seorang yang berani menyatakan pandangannya..

Aku memang respect keberaniannya serta sifat kemelayuannya yang jelas terserlah pada wajahnya...aku kagum ngan karya arahannya...yang banyak mencerminkan ciri2 rakyat malaysia dan arwah juga telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia (seperti yang diwar warkan oleh perdana menteri Malaysia...)

Kini industri filem kehilangan antara permata berharga dlm penerbitan filem berunsur rakyat...kepada keluarga Allahyarham , Al-fatihah buat arwah Yasmin Ahmad...semoga dirimu menemui kebahagian & sinar Allah...amin...


Saturday, July 25, 2009

Cencaru masak lemak




bahan - bahan :
  • 4 ekor ikan cencaru (sudah dibuang kulit , disiang & dibersihkan)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawnag putih *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 biji cili masak *
  • 1 bji santan kelapa
  • garam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 biji cili hidup (potong panjang)
  • 1 cawan air

(bahan2 yang bertanda *, aku kisar)

cara menyediakan :

  • tumis bahan * sehingga naik bau. (aku buat tumis tanpa minyak)
  • masukkan air, serbuk kunyit , ikan. kacau sebentar, biarkan mendidih seketika...
  • masukkan santan, garam , cili hidup. biarkan masak di atas api selama 15 minit.
  • dh ok, bolehlah diangkat & dihidangkan bersama nasi putih...

SELAMAT MENCUBA....

Monday, July 20, 2009

The BIG PLATE Restaurant...

16/07/09 - actually aku nak upload kan n3 ni dh lama tapi memandangkan sibuk sikit, ni baru dapat upload. masa ni father in law aku ajak semua 1 family makat western kat BIG PLATE. nak tau kat mana?Restoran terletak dekat ngan kampung melayu subang...tepi jalan je.dulu aku pernah makan kat sini, masa tu company buat annual dinner....dipendekkan citer, kita layan jer lah pix yang aku sempat snap...


ni buku menunya...simple kan...aku malas nak bukak dlm , snap kulit luar je lah...
jeng...jeng...jeng..perkenalkan...bakal adik ipar ke..4 info, yang lelaki tu memang adik ipar aku, bakalnya yang pompuan tu..hehehehe..memandai je aku buat assumption sendiri..bila tu tak dapat dipastikan..

ha, ni hubby ngan ayahnya (father in law aku ler tu)...masing2 tgh kelaparan menunggu makanan sampai..


opah tgh pegang danial..sorry pix goyang sebab danial tak reti duk diam...sibuk gak nak makan tu..




jafin cuma nak tunjukkan tayar lorinya sahaja..bertuah nyer anak..




kakak ipar aku tgh pening memikirkan ape yang nak di makan sbb perut pun dh berbunyi...
kat bawah ni gambar food yang aku snap...jom layanzzzz..






chicken chop...chicken chop ke?ntahlah...makan je larrr..





ni makanan yg telah habis dibaham..hahahahahhaa







ok..semua dh kenyang..apalagi, angkat kaki, cabut ler...
kla, till next time, bye..






***Picnic at Lake Garden***

hari ahad (19/07/09) - aku & hubby plan bawak anak2 ke lake garden.pepagi lagi aku dh bangun kemas bekal yang nak dibawa, pastu siapkan anak2. lebih kurang kul 8.00, kitaorg bergerak ke lake garden...nak tau kat mana lake garden?haaaa....nama melayunya taman tasik perdana ler...dulu yg datang ke lake garden ni, org2 yang nak berdating jer..skrg ni , takdenye dah..pastu dah makin cantik lake garden skrg ni. seingat aku la..last aku pergi masa aku kecik2 dulu...tah dah bape lama aku tak pergi...cadangnya nak lah jalan2 kat dlm lake garden tu, tapi anak aku dh nampak playground...melekat kat situ je...lebih kurang dlm pukul 10.30, kitaorg pergi ke TUGU NEGARA plak...kla, taknak citer panjang, jom layan pix yg aku snap...


jafin ngan mama...hahaha..ni aku amik close up..memang larr nampak cam berisi muka aku ni..hahahahahha...jafin of course, pandai pose kalau time bergambar ni..
aaaaaaaaa....masuk lalat tu kang , papa nyer...tgh bersarapan kat lake garden..pagi tu nyer bekal, aku masak nasi lemak & bawak kek kukus yang aku buat ari sabtu...jom tgk gambar food yg sempat aku snap...









sambal - ha? tinggal banyak ni je....










danial tgh merehatkan diri sbb aku kejut dia awal pagi subuh..hehehehe..., kesian anak2 aku. tapi yang abangnya tetap aktif...budak2 ni mcm tak tau penat kan...stamina tu cergas sentiasa..





jafin sibuk nak main slide yang tinggi tapi aku tak bagi sebab takut dia terjatuh...lagipun memang dia tak sampai..hahahaha...berlagak mcm org besar je anak aku ni..







weeeeeeee...yang ni 2nd slide..kat sini banayk sangat slide nye...sampai aku tgk jafin..kejap2 lari sana, kejap2 lari sini..semua slide dia nak main...









helicopter tapi takleh terbang sebab memang bukan dibuat tuk terbang...nampak tak spring tu...memang bukan tuk terbang lah...kalau leh terbang , dh lama aku terbangkan...hehehehhee..cam berani jer..











ntahapeape mainan larr anak aku main..semua dia belasah main..aku pun pening, penat lak tu nak kejar dia...








jongkang jongkit besi...











last but not least, mama dh penat exercise, papa lak take over kejar jafin..hhehehheee...mama lak, snap pix ngan danial...
kla, till next time, bye..











Kek kukus

haloooooo....n3 kali ni pasal kek kukus yang baru 1st time aku try ari sabtu baru ni (18/7/09)...hahaha,,ni ler 1st time buat kek, selama ni beli jer kejenya..resipi ni aku amik dari kakak ipar aku -kak ngah.. aku buat 2 version, satu kukus, satu lagi bakar tapi yang elok menjadinya yang kukus...so, bila dh jadi , aku letak topping coklat cream & coklat rice..ala..baru 1st time buat , so a little bit of kelam kabut la, presentation pun tak berapa cantik..tapi yang pasti , kek nya moist & sedap...(hubby pun puji sedap)anyway , tak nak citer banyak , kita tengok ape resipinya..



kek yang telah siap dikukus..sepatutnya topping ni kena letak dulu, baru potong kek tu , tapi aku dh terpotong, then baru letak topping...hahahhahaha..funny giler, takpelah , aku kan budak baru nak belajar...


sorry pix ni tak berapa clear....


bahan-bahan kek :
  • 1 3/4 cawan tepung superfine / naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 cawan minyak masak / mentega yg telah dicairkan
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur
bahan utk topping :
  • 3 sudu besar mentega
  • 2 cawan susu cair
  • coklat bar / ccoking coklat
  • 1 cawan coklat rice (utk hiasan)
cara menyediakannya :
  • mula2, panaskan serbuk coklat, susu cair , susu pekat , minyak masak & gula diatas api yg sederhana. Pastikan sentiasa kacau supaya tidak berketul & sebati. Kemudian, sejukkan sebentar.
  • ayak tepung superfine , soda bikarbonat & baking powder di dalam satu bekas.
  • kemudian , pukul adunan coklat yang telah disejukkan bersama telur. Masukkan adunan tepung yg telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sebati
  • Masukkan ke dalam loyang (ikut suka nak buat besar mana...tapi asalkan muat dlm pengukus)
  • Panaskan pengukus. Masukkan loyang. Kukus selama 1 jam.
  • Kalau nak bakar , bakar pada suhu 160'C , selama 45 minit , menggunakan api atas bawah.
  • Sejukkan kek sebelum diterbalikkan.

cara menyediakan topping :

  • panaskan mentega bersama cooking coklat.
  • Apabila telah cair , masukkan susu cair. Kacau sebati & sehingga adunan menjadi pekat.
  • Sejukkan sebentar. Tuangkan diatas kek tadi & taburkan coklat rice.

Note : utk rasa lebih moist , masukkan kek ke dalam fridge terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Selamat mencuba...kla, till next time , bye...

Saturday, July 18, 2009

Kalau Dahi tak mencecah SEJADAH di dunia...!!!

Assalammualaikum...!!!
Bersihkanlah diri kamu sebelum kamu dimandikan !
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan !
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan !
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan !
Dengan kain kafan yang serba putih !
Pada waktu tidak guna lagi bersedih..
Walaupun orang hadir itu merintih...
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakan lah solat jenazah..
Dengan 4 kali takbir & 1 salam..
Beserta Fatihah, Selawat & doa..
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..
Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk & sujud...
Dapat memnayar hutang rukuk & sujudmu yang telah luput?
Sunggug tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin & Muslimat..
Usunglah dirimu ke tikar Solat...
Sebelum kamu diusung ke liang lahad...
Menjadi makanan cacing & mamahan ulat !
Iringilah dirimu ke masjid...
Sebelum kamu diiringi ke pusara !
Tangisilah dosa dosamu di dunia...
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa' !
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan !
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan !
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan !
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
Bukan yang pergi !...
Ingatlah dimana saja kamu berada...
Kamu tetap memijak bumi Tuhan !
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan !
Serta menikmati rezeki Tuhan !
Justeru bila dia menyeru..
Sambutlah seruan dengan 'Hayya alas Solaah"..
Dengan penuh rela & bersedia..
Smbutlah seruan dengan 'Hayya alal falaah"...
Jalan kemenangan akhirat & dunia...
Ingatlah yang kekal ialah amal...
Menjadi bekal sepanjang jalan !
Menjadi teman di perjalanan...
Guna panduan bertemu Tuhan !
Pada hari itu tiada berguna...
Harta , takhta dan putera...
Istei , kad kredit & kereta...
Kondominium , saham & niaga
Kalau dahi tak mencecah SEJADAH di dunia !
Kepada umat beragama ISLAM seluruh dunia , renung2 kanlah maksudnya...cukupkah amalan kita selama ini , cukupkah solat kita 5 waktu itu , cukupkah bekal amal yang perlu kita bawa utk menemui Tuhan yang Satu?...renungkanlah & muhasabah diri kita..allahualam...

Friday, July 17, 2009

The Chicken Rice Shop...yummy!!!

ari rabu malam khamis, aku ajak hubby makan kat "the chicken rice shop".kat mana restoran tu?ha , aku selalu pegi kat SUNWAY PYRAMID je.kadang tu kalau jalan2 kat KL, cari kat KL punye outlet ler.....actually dulu aku tak suka makan kat sini sbb aku ingat mahal but th truth is takde la mahal mana pun. mula2 makan kat sini, masa tu aku tgh pregnant..tak silap bulan 11 tahun lepas, hubby ajak. so , start dari situlah aku mula suka makan kat sini...tapi takdelah ari2...jadi , memandangkan ari rabu tu mood malas nak masak dtg , aku ajak hubby makan kat sini...this time , aku belanjer...sekali sekala, apa salahnya ye tak..takkan nak berkira...kla, jom layan pix yg sempat aku snap...hehehehe



alahai...pandainya anak mama suap sendiri..jafin ni kalau keluar makan , dia taknak org suap, nak makan sendiri tapi bersepah..hehehehhe..takpe, nak belajar berdikari kan..k, kat bawah ada lah sempat aku snap gambar2 food yg kitaorg order..actually aku amik set family cuma tambah 1 nasi ngan air tuk jafin....
ni favourite aku ni. namanya PAI TEE...memang sedap giler. 1st time aku rasa dulu , siap aku order tapau bawak balik tapi sayang bila balik, dh masuk angin. PAI TEE ni actually sedap makan time dia panas2 lagi..rasa kulitnya yg ranggup + dengan isi sayur yg fresh & ranggup, pastu letak sos..perghhhhh...terangkat..that's why , masa gi makan ari rabu tu aku order extra PAI TEE- just utk aku je...hehehehe

ni plak , ipoh taugeh (nama dlm bahasa inggerisnya aku dh lupa...hahahhaha)...taugeh ni dtg sekali ngan set family tu...ni favourite hubby...memang dia suka makan taugeh...


ha...ni plak, TCRS chicken honey barbeque...ayamnya dipotong kecik..pun sekali didatangkan dengan family set. ok rasanya , not bad at all. yang ini , favourite jafin, habis dia makan..so , sebelum dia licinkan, aku snap gambar cepat2....





ni plak pilihan sama ada nak roasted chicken ke , fried chicken ke or steamed chicken. dh menjadi kegemaran aku & hubby ....kitaorg prefer steamed chicken..memang dari sebelum kawin sampailah dh kawin, steamed chicken is NO 1.


ha...ni for refrehing the tekak yg sangat haus.. aku punya seperti biasa milo ais , hubby mirinda strawberry , jafin plak air soya sebab dia batuk , jadi takleh minum ais batu...sorry ye manje...





papa pegang danial tuk amik gambar tapi danial tak reti duk diam...asyik nak mengeliat je kejenya...kena pakai baju sejuk sebab danial selsema..sian adik ek...







huihh..abang jafin ni kalau suh posing amik gambar , dia yang excited lebih...memang pantang nampak mama snap gambar..mulalah dia cari pot pastu tersengih2 mcm kerang busuk...hehehehhe







cak ! mama plak snap gambar ngan jafin...time ni baru lepas dinner kat TCRS...saja jalan2 cuci mata...manalah tau..kot2 ada yg berkenan...







and last sekali..pose istimewa daripada muhammad danial halifi...tgh gatal gusi, tu yg masukkan jari dlm mulut..gigi nak tumbuh..kla, till next time , bye...










Thursday, July 16, 2009

TAG 30 soalan***



30 soalan? biar betul..memang betul pun...nak tau sape bagi TAG ni...sape lagi, muza a.k.a softtouch82 ler...dia ni rajin betul jawap TAG. 30 soalan mcm jawap soalan exam je...takpelah , aku malas nak hutang TAG lagi, jom kita layan....




1. Bekas kekasih saya adalah :


- sape ek....Michael Jackson..(hahahahha...ayat tak bleh blah langsung)..




2. Saya sedang mendengar :


- org sekeliling bercakap...adik ngan kakak ipar saya tgk transformers 2 kat pc...




3. Mungkin saya patut :


- balik berehat kat umah ngan anak2..hehehehehe..




4. Saya suka :


- mencuba & memasak resipi2 baru tuk family & kawan2, spending my free time with my family, window shopping , pergi bercuti...(ada banyak , tapi malas nak taip)




5. Sahabat - sahabat baik saya :


- ayu (member masa kt sek ren sampai menengah) , budak2 SMKTSR , kak zana ku sayang , shamsiah (member dr nilai), azian , budak2 group A - diploma (budak2 class muza ler tu), and ramailah.....ponat nak menaipnya...




6. Saya tak faham :


- ngan sikap manusia yang suka membuang anak (dh tau x mampu, jgnlah buat dosa, taknak anak tu ,bg aku jer), ngan sikap manusia yg suka menfitnah , sikap manusia yg suka dengki mendengki antara satu sama lain , sikap manusia yg tak pernah puas ngan apa yg dia ada (qana'ah - ertinya bersyukurlah dengan rezeki yg telah Allah berikan) , sikap manusia yg suka marah2 (mcmlah dia bagus sangat, perfect sangat), & segalanya lah yg negatif about human being...




7. Saya kehilangan :

- arwah opah & atuk yg paling disayangi....huhuhuhu...sedihnya...




8. Ramai yg kata ;

- aku dh kurus...wakakakaka..(ayat tak bleh blah..bleh caya ker?)




9. Makna nama saya :

- Nordiana ertinya cahaya keagamaan, Haznida ermmmm..lupa larrr..hehehehehe, yg pasti, elok maknanya....




10. Cinta itu adalah :

- a beautiful things that we share with the loved ones and from the first day we met until now and hopefully it will last forever....(insyaallah..amin)




11. Di suatu tempat, seseorang sedang :

- berjuang utk hidup di dunia yg sementara ini...(especially babies yg baru mengenal hidup)




12. Saya akan cuba :

- cuba yg terbaik utk keluarga (jadi isteri yg soleh , jadi mama yg penyayang), yg terbaik tuk diri sendiri (nak kuruskan lagi badan...hehehhehehe)....




13. Ayat selamanya membawa maksud :

- Forever & ever




14. Telefon bimbit saya :

- Sony ericsson Z610i (hubby yg belikan....)




15. Bila saya terjaga dari tidur :

- tengok anak2 dulu , then hubby...




16. Saya paling meluat bila :

- nampak pompuan yg tergedik2 mcm cacing kepanasan , pompuan yg suka merosakkan masjid org lain , manusia yg tak tahu malu bila buat dosa...heeeee, menyampah




17. Pesta / parti adalah :

- meraikan sesuatu / seseorang. parti boleh juga dikatakan sebuah pertubuhan..




18. Haiwan paling comel yg pernah saya temui ialah :

- kucing , hamster (dulu hubby ada bela) , fish..




19. Peringkat umur yg paling menyeronokkan bagi saya ialah :

- zaman bayi hingga kanak2 (sbb tak payah pikir nak cari duit , pikir masalah2 negara...happy je always..)




20. Hari ini :

- hari ini aku dtg awal ke pejabat sbb hubby ada meeting....waaaaaaa...




21. Malam ini saya akan :

- masak lemak ikan cencaru + telur bungkus...(tggu posting resipinya ek)




22. Esok saya akan :

- hahahahhaa..blur...hehehehhe




23. Saya betul betul inginkan :

1. of course anak pompuan sbb dh ada 2 hero malaya

2. kebahagiaan yg berpanjangan 4 my family

3. pergi honeymoon 2nd time...this time pergi jauh sikit..hehehehehe

4. lagi satu gelang emas dr hubby tapi tak tahu bila dapat...(wakakakakaka...jahatnya aku, demand lebih)




24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin pagi ni :

- cantik lagi aku ni...!!!(haahhahaha...ayat puji diri sendiri)




25. Pusat membeli belah / arked permainan :

- banyak cth : Sunway pyramid , Pavillion , Jaya Jusco , Tesco , Mydin Supermarket , Giant , Uptown Kota Damansara (tempat bundle bleh ker?hehehehe...) , Arked Jln TAR , Semua House , Jakel , IOI Mall and apa lagi ek...banyak sbb aku suka berjalan...hehehhehe..




26. Makanan barat / jepun :

- prefer barat sbb hubby aku tak reti makan sushi...




27. Bilik yg terang atau gelap :

- hmmm...gelap but with romantic light...hehehehhehehee..




28. Makanan segera adalah :

- yg cepat siap..cepat masuk mulut , cepat habis duit keluar..hahahahhahaha




29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :

- insyallah....




30. Sape yang anda mahu TAG :




Sekian ,terima kasih .....huihhh..berpeluh menjawab..hehehehe

Wednesday, July 15, 2009

jawab Tag lagi...

ni aku nak jawap TAG dari muza aka softtouch82. sorry larr ek muza , diana peram lama sangat sbb diana maleh sikit nak jawap2 tag ni sebenarnya..tapi muza dh tag tu , jawap je lah ek...

1. Bila kali terakhir cuci toilet?
- rasa2 nya last week kot..ari ahad..selalunya aku bergilir2 ngan hubby buat ni...ye la, kena sama adil kan..

2. Pencuci apa yang digunakan?
- dari dulu hingga kini aku guna Kiwi Kleen...suka bau lavender & fresh ros

3. Dalam 1 minggu , berapa kali mop lantai?
- kalau tak silap , 2 kali...seharusnya kat dapur lah.....

4. Apa tugas terakhir sebelum menjelang malam?
- lipat baju / update blog kat rumah..takpun tido ngan anak terus..hehehehehe

5. Apa menu hidangan makan malam paling simple?
- sambal sardin + telur dadar + sambal belacan + ikan goreng...hehehehe..tu dh stok malas nak masak..

6. Minuman yang selalu dibuat waktu pagi?
- of course milo / tea o panas...

7 . Sebelum tido , apa yang akan dilakukan?
- tido kan anak, cium dahi diaorg , pastikan beg tuk ke umah babysitter dh siap , pastikan ruang tamu tak bersepah , pastikan dapur bersih , pintu semua berkunci ,minum susu panas pastu baru tido...hehehehehhe..rutin harian...

8. Harus jawap TAG...
- taknak TAG sesape...malasssssssss...


sekian , terima kasih ye...

Award lagi !!!










wahhhh..banyaknya award yg aku peram..hahahahaha...siot je kan...actually kadang aku pun tak tau dapat award , bila bukak blog muza baru tahu dia bagi award. Award ni aku peram dh lama dh sorry ek muza..as usual, this award is from softtouch82. anyway ,thanks muza..have to follow the rules..





1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


- dapat award ni dari muza aka softtouch82. thanks for still remember me as your friend..




2) Pass the award to new other 15 blogs that you've newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.


- Ayu (naftalena)

- Mr Janggel

- Home Sweet Home

***Award***

Award ni aku terima dr kawan masa kat Uitm - muza aka softouch82.
Anyway ,thanks muza for the award & thanks coz sudi menjengah blog aku yg tak seberapa ni. sorrylah lama aku peram award ni..hehehhehehe..thanks again...lurve you..

Jenahak 3 rasa...



Uiiii...sedapnya...nampak menyelerakan kan....ikan ni beli masa aku & family balik kampung hubby kat Sg Besar. On the way nak balik tu , kitaorg singgahlah kat pasar awam sg. besar, lauk2 kat sana semuanya fresh2 belaka. (lauk tu maksudnya lauk basah yang belum dimasak ler...).... mana tak fresh , ikan baru naik dr laut. masa kat sini murah lah lagi tapi bila dh masuk ke supermarket ke , pasar malam ke , diaorg akan naikkan harga..sbb kos pengangkutan lagi , mcm2 koslah...hehehehhe...balik pada citer , aku borong ikan gak tapi tak banyak, cuma ikan cencaru, tenggiri & sotong je. Mak mertua aku je yg borong sakan....ikan semilang la ,ikan cencaru , sotong , udang & yg paling besar ikan jenahak..dia beli 2 ekor , satu tu aku bagi 2 ngan akak ipar...hasilnya , balik tu aku masak 3 rasa..(ye ke 3 rasa?mcm2 aku rasa...hehehehe)...resipi ni aku amik kat myresipi.net...sape yang punye , aku dh lupa , anyway ,copy paste je and kepada tuan punyer resipi ,thanks a lot...

bahan -bahan :

  • 1/2 ekor ikan jenahak (dibuang sisik , disiang & dibersihkan)
  • garam & kunyit.

(ikan digoreng garing hingga ke tulang. kemudian ketepikan)

bahan tumis :

  • 2 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • i inci halia (dicincang halus)
  • 3 batang serai (dicincang halus)

bahan sampingan :

  • 3 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 2 batang jagung (dipotong serong)
  • 1 batang karot (dipotong halus & memanjang)
  • 1biji tomato (dipotong serong)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 tin nenas (amik airnya sekali)
  • 3 sudu gula
  • sedikit garam

bahan hiasan :

  • sedikit daun sup sebagai hiasan

cara memasak :

  • tumis bawang merah , putih , halia & serai hingga wangi serta agak garing.
  • kemudian masukkan cili kisar , sos cili , sos tiram , gula & garam. Biarkan masak sebentar di atas api.
  • masukkan carrot , jagung , tomato , nenas serta airnya sekali. kacau sebati semua bahan. masak lagi sehingga kuah menjadi agak pekat.
  • setelah masak , tuangkan diatas ikan yg telah digoreng. hiaskan dengan daun sup.
  • boleh lah dihidangkan bersama nasi panas & kailan ikan masin..sure terangkat punya...

SELAMAT MENCUBA....kla, till next time, bye..

Thursday, July 9, 2009

Semilang goreng berlado


resipi ni aku belajar dr mak mertua aku....makanan fav hubby lak tu. and kebetulan ari ahad baru ni hubby pergi mancing, dapatlah ikan semilang , baung dan yg banyak gelama lah....rezeki tu...Nak dijadikan citer , aku ni dulu tak suka makan semilang ni, yang aku tau keli je, pastu hubby larr ajar makan semilang masa balik ke Sg Besar....rasanya sedap & manis..(especially kalau yang fresh punya....). Kla , taknak citer banyak , jom kita tengok ape bahan2 nya..
Bahan -bahan :
- 2 ekor ikan semilang (disiang , basuh & dibersihkan)
- 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 2 ulas bawang merah (dipotong bulat)
- 2 keping asam gelugor
- 20 tangkai cili kering (ditumbuk hancur)
- 2 sudu kecil gula
- sedikit garam & kunyit
Cara menyediakannya :
1. Gaulkan garam & kunyit sebati dengan ikan. Goreng hingga garing.
2. Tumis bawang putih & merah hingga naik bayu & agak layu sedikit. Masukkan cili kisar. Biarkan masak sehingga agak garing.
3. Masukkan asam gelugor , gula & garam. Gaul sebati.
4. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Gaulkan & boleh dihidangkan.
senang kan...ni orang masakan mendarat...hahahahhaa..mesti pelikkan dengar namanya...
Anyway , selamat mencuba ek....kla , till next time, bye..

Tuesday, July 7, 2009

Movie watch ; TRANSFORMER 2 : Revenge of the fallen

04/07/09 - weeeeeeee........the moment has come. Ari tu nak tgk dh tapi hubby ada hal plak , kakak ipar ada family dtg umah plak..so , this weekend , setelah dikaji selidik semua takde halangan , maka ari rabu tu aku & hubby pergi beli tiket kat kaunter - for 9 people. Ramai kan?ye la , mana taknya..Family aku dh 3 org , kakak ipar aku dh 4 , tambahan lagi 2 tu adik ipar aku & aweknya...as for me , it worth every single penny that spend on the ticket. Good story line and they both (micheal bay & steven spielberg) deserve a credit for their hard work. Can't wait till the 3rd sequel to come out soon...
Film ; TRANSFORMER 2- Revenge of the fallen
Date release ; 24 june 2009
oooooo..besarnya OPTIMUS PRIME.. jafin sampai ternganga mulut tengok replika robot kat
ruang legar cineleisure...mesti dia tgh pikir ,bestnya kalau dapat robot ni...for all information , anak aku - jafin lasak , kasar & ganas (huih...bahaya tu.very the dangerous)..hehehehehe...hubby aku la selalu main gurau kasar ngan dia....(lelaki , biasalah.....)



hehehhee..jafin nak posing depan charater monster inc...nasib naik patung tu dlm cermin.Kalau kat luar , mau lari jafin...scarrrrryyyyyy....


ni plak , model of the year..hahahahahha..kakak ipar aku aka KAK NGAH aka HASLINDA..
mula2 dia taknak pergi tapi setelah kena "racun" ngan kitaorg...hahahahha..termakan gak..sorry ek kak ngah....semua tu gurauan semata..


ni plak jafin bergambar with his cousin - Uqail...dia ni pun boleh tahan gak lasaknya..pun excited nak tengok TRANSFORMER ni...




jafin and his cousin also - thaqif (adik kepada Uqail)..tgh membelek2 mainan robot kat dalam display box tu..mesti tgh pikir , alangkah bahagianya kalau dapat (kalau dapatlah..hahahahaha..memang tak dapat punya)





ni lah collection kat dalam display box tu...mahal wooooo setiap satu ni,mau beratus reganya. don't worry , sure papa akan belikan tuk jafin nya...hehehehe






termenung menunggu giliran nak masuk dlm panggung. lamanya nak tunggu..bila nak masuk ni..
dh tak sabar dh ni..






stand up poster yang menarik....so colourful and very the colourful...









another stand up poster...this is OPTIMUS PRIME...leader of Autobots....























ni lah family aku....actually nak belli yang 3D punya but bila fikir balik ada bawa kids...tak jadi.sbb budak2, mana nak pakai spec 3D tu lama2 kan...hehehehe..ape yang penting , we all enjoy watching the movie.... kla , till next time, bye.



































abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin