Friday, November 20, 2009

Besday Angah (my sis)

walauwei..hehehehe..ni plak kek besday adik aku, saja aku buat for her birthday. ni pun setelah banyak kali wrong & error , barulah menjadi sikit. okla tu kan. nampak better sikit la dr kak zana punya order ari tu..hehehehe..dun worry , akan ku upgrade lagi skill mem'baking' ku ini..kla, layanzz gambar je la..


cake chocolate moist + choc ganache + choc rice


kla, till next time..bye and take care..

Monday, October 19, 2009

12 weeks and in 'malas' mode....

arggghhhh....oklah, pregnancy aku dh mencapai 12 minggu ari ni. alhamdulillah, setakat ni takde muntah2 yang teruk. boleh standing still lagi..hehehehhee...and apa yang aku idamkan sepanjang mengandung ni, alhamdulilalh, semuanya dh dapat pun..hehehhe. (jenuh hubby aku mencari)..tu la, nak sangat, amik..!!!
since pregnant ni, mood aku nak update blog selalu dh makin surut. pendek kata, dlm 'malas' nyer mode. heheheheh (boleh la plak)....and that's why n3 kali ni, aku tak upload apa2 gambar...MALAS GILER....nak masak kat umah pun, tengok mood aku. kalau aku rajin, aku lah yg masak. kalau tak, hubby aku ler jadi chef kat dapur.. (ha, dengarlah bunyi ketang ketung kat dapur tu..hehehhee)....
kla, n3 ni pun suka2 je. aku dh malas nak update. tengoklah lagi dua tiga hari...kot2 aku rajin ke, aku update lah ek..mmmhhhhuuuuaaahhh..babai..

Wednesday, October 7, 2009

Unexpected news...???


salam semua...dh abis beraya ke or still beraya lagi?ye la, raya kan sebulan. actually ni n3 tuk masa bulan ramadan lepas tapi atas sbb2 tertentu , aku tak dapat nak update & upload. anyway, n3 ni pun aku taknak citer banyak. ni lah dia unexpected news yang memang tak dijangka langsung. cadangnya nak amik injection lepas raya..tapi tetiba lah pulak ada rezeki dr Allah. nak dibuang sayang, so, aku ngan hubby decide kitaorg carry on je. kira ni aku pregnant kali ke-3 ler..and beza antara danial ngan baby, lebih kurang setahun 3 bulan mcm tu.

masa aku dapat tau pregnant ari tu, masa dlm bulan pose, then aku pegilah farmasi, beli pregnancy kit, check sendiri. ye la, dh no3 kan. CONFIRM !!!.....terkejut pun ada, suka pun ada, takut pun ada...ye la, aku baru je pas bersalin kan si danial dlm bulan 2, tup..tup..6 bulan pastu, aku pregnant lagi. takut sbb takut aku tak terlarat tapi insyaallah, hubby ada...bagi aku, anak2 ni ada rezeki memasing...hehehhee...

kla, nak dipendekkan citer, aku skrg dh 10 minggu dan pregnant kali ni alhamdullilah, aku tak mabuk teruk mcm mengandung anak aku yg 2 org tu. cuma makan je lah, nak makan ikan goreng, ngan sambal petai je..pastu nak manis2...huh...??mungkinkah pu3 kali ini? insyaallah kan..apa pun, perempuan ke lelaki ke, tetap anak aku semua..of kos semua aku sayang..hehehehhe..ibu mithali...

kla, nanti kalau ada perkembangan terbaru about pregnancy aku kali ni, aku upload lagi k.bye, baby dlm perut nak rehat dulu..bye, ...

Tuesday, September 29, 2009

1 Syawal...

ass'kum semua..selamat hari raya aidil fitri maaf zahir batin...lama dh aku tak menjengah umah persinggahan aku ni. al-maklum la, bz sikit...actually ada banyak yang aku nak upload and nak n3 kan tapi step by step dulu la..kita buat raya nyer dulu ek..ni tahun aku beraya 4 orang, meriah rasanya..tahun depan lagi la meriah, 5 orang...hehehhehehhe (nanti n3 ni aku upload kendian ek)...oklah , jom kita layan gambar yang adik aku snap...hehehhehehehhe..

ni gambar aksi jafin yang dh kebosanan....
ni potret family for this year..amacam...comel je kan semua...cuma gambar je mcm blur sikit...tahun ni tema dua ton (silver + pink)...tu yang nampak cam kaler ungu..next year..tak tau lagi..hehehehhe...

ni antara gambar2 yang tak berapa nak menjadi sbb anak2 aku tak reti duk diam2.diaorg ni bukan leh lama2 kalau nak amik gambar.kena snap cepat2...












bersalaman ngan suami tercinta..dialognya " ampunkan saya, sayang , halalkan makan minum selama kita bersama , ampunkan andai kata ada terkasar bahasa & perbuatan..halalkan segala yang ayang berikan ek...minta ampun dunia akhirat...semoga perkahwinan kita kekal bahagia...".."ye la, abang maafkan dunia akhirat , abnag halallan makan minum dan segala2 nya...dan terima kasih kerana memberikan abang zuriat pemyambung kasih kita"...ni dialog real tau , takde maknanya aku nak create cite...anyway , hubby aku memang seorang yg penyayang & pengasih serta penyabar...hehehhehe...ada makna tu





ni plak aksi danial yg dh bosan tggu mama & papa nya....hehehhe
















lastly, pose hensem dr anak teruna aku yg 1st...MUHAMMAD JAFIN HALIFI







Thursday, September 17, 2009

Salam Aidilfitri , Maaf Zahir & Batin

Dah lama aku tak update blog ni...bukan apa, banyak benda yang terjadi lately ni..danial admited wad and ............?hehehheheh...ada surprise tapi sebelum diconfirmkan , biarlah rahsia dulu...dh confirm nanti , akan aku war warkan kepada semua, ok. kla, memandangkan raya pn dh semakin hampir , disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua bloggerz...yang baru kenal dan dh lama kenal...minta maaf zahir & batin kalau ada terkasar bahasa & kalau ada menyinggung perasaan...
akhir kata , semoga persahabatan yang terjalin di alam maya ni akan terus berkekalan hingga ke akhirnya. SALAM AIDILFITRI DARI DJ SEKELUARGA...SALAH & SILAP HARAP DIMAAFKAN...

sorry , gambar tak berapa clear..hehehehe..nak cepat punyer pasal..









Wednesday, September 2, 2009

Asam pedas ikan pari

ni salah satu menu berbuka semalam. dh lama nak masak tapi asyik tak kesampaian jekk...and kebetulan plak, hubby beli ikan pari kat pasar borong..alhamdullilah...(pandai gak hubby pilih ikan ek. selalunya aku yg beli..hehehhhe)...kla, kita tengok resipi kat bawah ek ..

bahan - bahan :
  • 1/2 ekor ikan pari (dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa)\
  • 20 tangkai cili kering *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 1/2 cawan air asam jawa
  • daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan (dipotong kecil)
  • 2 biji tomato (dibelah empat)
  • garam & gula
  • 1 cawan air (jika perlu)

cara memasak :

  • kisar bahan2 yg bertanda * terlebih dahulu.
  • panaskan kualai. tumis bahan2 yg dikisar tadi sehingga garing dan naik bau.
  • kemudian masukkan air asam jawa & ikan. biarkan mendidih sebentar.
  • masukkan dan kesum, bunga kantan & tomato . kacau sekali sekala hingga sebati.
  • perasakan dengan garam & gula.
  • boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama sama nasi panas.

SELAMAT MENCUBA...

Bubur Chaca Ubi Keledek

ha...ni salah satu menu berbuka semalam, saja aku buat bubur ni , jadi takyahlah pergi beli kat pasar Ramadhan. pandai tak aku?hehehhehe...lagipun dh lama tak makan bubur.kebetulan semalam aku mengodek dapur ummi lagi..sory ek , diana CnP ek resipinya...

bahan - bahan :
  • 1 cawan bubur chaca kering
  • 500ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir / secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit & dipotong kecil
  • secubit garam

cara memasak :

  • Basuh bubur chaca & rebus dengan air hingga lembut. Toskan & ketepikan
  • Dalam periuk , masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan
  • Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih hingga ubi lembut
  • Masukkan bubur chaca tadi dan masak sebentar hingga mesra
  • Tutupkan api. dan hidangkan panas atau pun sejuk pun best.

and thanks to ummi ...selamat mencuba..





Danial Halifi punyer citer

ass'kum, ni nak citer pasal anak aku no 2- muhammad danial halifi. skrg danial dh botak...hehehehhe, aku suh hubby bawak gi kedai.ye la, buang rambut dr lahir, biar tumbuh rambut baru. actually aku agak terkilan sbb tak dapat buat kenduri cukur jambul tuk danial atas sbb2 tertentu. anak aku jafin dulu aku botakkan gak lepas kenduri tapi danial tak dapat...tapi takpelah, yg penting, danial sihat walafiat. kla,layan je la yek pix kat bawah...


ni masa ada rambut lagi.adik (danial) ni rambut nipis , tak tebal mcm abangnya. so, bila dh dibotakkan , jadilah mcm gambar kat bawah ni...hehehehehehhe...

after dibotakkan..see, senyum aje adik. lagi bertambah comel anak mama...







kla, i want to sleep. enough with the picture...bye uols..



Tuesday, September 1, 2009

Ayam bakar

sorry , gambar tak berapa clear, almaklumlah, pakai camera handphone jerk...

ni menu buka puasa semalam..puas aku mengodek dan mengeledah dapur ummi - kuantan. dh lama aku teringin nak buat ayam bakar tapi ada je halangan..hehehhe...anyway, thanks to ummi, diana CnP je resipi ye ummi...mintak halal..

bahan - bahan :

  • 1/2 ekor ayam (aku guna 3/4 ayam - dibasuh & dibersihkan)

bahan kisar : (diperapkan bersama sama ayam)

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 4 biji cili merah (nak pedas, letak ler cili padi)
  • lada hitam (ikut suka nak guna berapa banyak)

bahan sos : (diperapkan bersama sama ayam juga)

  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • kunyit
  • garam
  • serai (diketuk - utk merenjis minyak pada ayam)

cara memasak :

  • kesemua bahan diperapkan bersama ayam selama 3- 4 jam
  • kemudian, bakar pada suhu 200'C selama 35 - 40 minit atau sehingga ayam masak

(saya guna api bawah 20 minit , api atas 15 minit)

  • renjiskan sedikit minyak & terbalikkan2 ayam supaya masak di kedua2 belah
  • setelah masak, boleh lah dipotong2 & dihidangkan

Friday, August 28, 2009

Kad ramadhan...

ni nak gantung kad ramadhan yang aku terima dr kakak2 bloggerz..tima kacih semua...sorry lambat gantung, kedai hardware tutup..hehehehehhe


1. ni dari kak HANA



2. dua2 kad ni dari LOVE...

Semoga ramadhan kita semua diberkati & semoga persabahatan yg baru terjalin ni , kekal hendaknya....amin...

Wednesday, August 19, 2009

Award Ramadhan...


ass'kum..ni 1st time aku plak bagi award kat bloggers lain..hehehehe..excited pun ada..kla, dipendekkan citer, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua bloggers, semua umat Islam yg mengenali aku...diharapkan Ramadhan ini memberikan keberkatan kepada kita semua & hopefully u all puasa penuh ek.
Sama2 lah juga kita berdoa kepada Tuhan yg Satu supaya negara kita bebas dari malapetaka seperti HINI yg tgh melanda sekarang. Insyaallah...
kla, award ni aku tujukan tuk pengungjung umah aku yg tak seberapa ni...amik & masuklah dlm troli korang ek...makasih...tu je..bye.
p/s : mintak maaf ye award simple jek...hopefully sudi terima...

Tuesday, August 18, 2009

Al-fatihah....





Ustaz Asri bersama Dr Fadillah Kamsah


Menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir sebelum dibawa ke perkuburan


perjalanan terakhir Allahyarham....AL-FATIHAH..


Assalammualaikum...aku dapat berita ni kat facebook. on the 1st place, macam tak percaya, then, bila dh kuar kat Utusan Online, barulah aku tau, yg ini adalah benar. Ustaz Asri Ibrahim - satu nama yg cukup dikenali dlm kumpulan Rabbani, meninggal dunia pada jam 11.45 pagi , 13 Ogos 2009 bersamaan 22 Syaaban 1430 Hijrah. Ada 3 kumpulan nasyid yg selalu aku ikuti perkembangannya : Raihan, Rabbani & Hijjaz. Tapi yg paling aku minati Raihan & Rabbani lerr...

Sepanjang pengetahuan aku mengikuti perkembangan kumpulan Rabbani, lagu2 nasyid diaorg semuanya best2 belaka. tak bosan bila dengar selalu, lagipun lagu2nya berentak nasyid kotemporari. Dari penglihatan aku, ustaz asri seorang yg lemah lembut, peramah & sentiasa berjihad di jalan Allah.

Lagu2 Allahyarham & Rabbani banyak mengandungi maksud tersirat & tersurat yang mengajak umat manusia membuat kebaikan & berjihad di jalan Allah. Antara lagunya yg sememangnya bila aku dengar, aku akan menangis ialah lagu PERGI TAKKAN KEMBALI & MERAH DI UFUK TIMUR (duet bersama Amy Search). Sesungguhnya amat bermakna lagu2 buat diri aku (bg org lain tak taulah plak)...

Kepada keluarga Allahyarham - semoga tabah menempuh dugaan & takziah atas pemergian insan tersayang....

Kepada yg membaca n3 aku ni, rajin2 lah mensedekah al-fatihah pada yg telah pergi meninggalkan alam fana ini...AMIN..

Thursday, August 13, 2009

H1N1 - sOmEThiNG 2 sHAre

this is some info about H1N1 that i wanna share with the readers...please take serious action and attention to this deadly decease as it kill the human population troughout the world...



Beginner stage :

  • Batuk
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Bila bersin, bunyi tak kuat.

Second stage :


  • Susah bernafas (simptom is like asthma)

-at this stage , when u touch the person or breath in the same room , 80% u can get infected. Masa ni dh kena kuarantin.



Third stage / Critical :

  • Lung infection

-bila x-ray , we can see the virus covered the lung. At this stage , need oksigen at the highest level & strongest antiviral.. avery high drug.

- at least 7 days oksigen kena bagi. % to recover , depend on the body immune.



This artikel , i dapat from someone who have experience kena virus H1N1 dlm family. She said that virus is a genius virus. It hide in our body, difficult to detect....only can be detect by swab that kosnya beribu2 ringgit...even dlm blood pun tak boleh detect. And when it starts action, it can kill the person if the body immune does not strong.

So far, kebanyakan hospital swasta tidak menerima kes H1N1 , cuma hospital kerajaan saja yg mana kebanyakan doktornya masih muda (doktor pelatih). And hospital kerajaan pun...bukan semua hospital kerajaan yg amik kes berbahaya mcm ni...and no vaksin , only antiviral and our strong mental warrior to fight them.

It's a truly disaster to human being. It's like Allah telah menurunkan petanda2 hari khiamat. Masyaallah...Apa yang boleh kita lakukan ialah jauhkan diri & kanak2 dr majlis2 keramaian serta tempat2 sesak. Especially kids & baby....sian kat diaorg ni. Pakailah mask perlindung and please jaga KEBERSIHAN DIRI. that's what IMPORTANT..

Renungkanlah and fikirkanlah...till next time, bye..




Wednesday, August 12, 2009

Sambal sotong



halooooooo.....ass'kum & selamat sejahtera. apa habaq?mesti rindu kan...dh lama giler aku tak update blog ni. actually saja aku taknak update selalu, kang kata aku ni gila ber'blog ' lah plak..kebetulan ditambah ngan kesibukan menguruskan anak2. yup , recently ni anak2 aku demam, tapi nasib baik sorang selang seminggu..pastu mak ngan adik aku plak nakkan sampel chocolate cup cakes , jadi masa tu terbatas. tapi aku sempat lah masuk menjengah blog keng kawan aku di alam maya ni, sama ada ygy baru kenal or dh memang kawan aku pun.. kla, resipi ni aku masak last week..stok sotong beli kat Mydin ada lagi..aku buat lah sambal tapi tak berapa pedas sbb jafin nanti takleh makan lak..taknak citer panjang, jom tgk resipi kat bawah ek..


bahan - bahan :


  • 300gm sotong (dibersihkan & dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering (diblender)
  • 2 ulas bawang merah (diblender)
  • 2 ulas bawang putih (diblender)
  • 2 biji bawang bombay (dipotong bulat)
  • 3 sudu gula
  • garam
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 cawan air / air asam jawa

cara memasak :



  • panaskan kuali. Tumis bawang merah & putih yang diblender sehingga wangi & naik bau.
  • Masukkan cili kering dan masak sehingga pecah minyak.
  • Masukkan sotong dan gaul sebati. Biarkan mendidih di atas api selama 15 minit.
  • Masukkan garam , gula , air & bawang bombay. kacau sebati.
  • Biarkan mendidih selama 10 minit lagi. Bila rasanya dh ok, boleh lah diangkat & dihidangkan.....

SELAMAT MENCUBA EK...kla, till next time, bye...

Monday, August 3, 2009

Kek kukus lagi !!!

ni aku close up dari tepi...






ni adalah resipi ulangan cuma kali ni aku tak letak toppingnya. aku buat tanpa topping...pastu kali ni aku pakai loyang besar sikit..nak tau resipi, sila klik disini..

Bowling Tournament Penduduk Tmn Bkt Kuchai - 02/08/09

ha..ni n3 semalam...02/08/09 - semalam ada Bowling Tournament tuk penduduk Taman Bukit Kuchai..hubby aku masuk, aku tak leh nak join, sape nak jaga anak2...so , aku jadi cheer lady aje ngan anak2..and of course cheer for my hubby & teamnya ler ..takkan nak cheer tuk org lain plak kot...
But keputusan yang dapat , team hubby kalah, cuma dapat 2nd place jek..pastu hadiah for yg berkumpulannya, cuma yg johan je dapat hadiah , naib johan tak dapat.. for individual pun hubby kalah, no 11..takpelah, yg penting, semangat bersukan & dapat mengeratkan hubungan antara jiran2...jom layan pix yg sempat aku snap.
yg rambut panjang, bahu hitam tu larr hubby aku....(tgh tggu giliran tuk baling bola bowling tu...)..yg kat bawah ni anatra penduduk yg hadir tuk memeriahkan lagi pertandingan Bowling ni...aku main snap je gambar diaorg ni...hehehehe...nasib baik time ni danial tgh tido...



ni plak antara aksi aksi seorang amatur boling...ni pun kira hobi hubby aku gak..kalau tak memancing , dia akan pegi main boling ngan kengkawan dia...takpelah , at least dia tak buat benda tak berfaedah...jom layan pix lagi...


tgh get ready nak baling bola tu..baling kuat sikit..biar strike papa..



dh abis baling , pilih bola lain plak tuk dicampak....





ha...tu dia...gaya bakal seorang ahli sukan negara....Insyaallah..hehehehehe



dh abis tournament...jafin siap pau papa beli lori...sampai melalak nakkan lori..kenalah aku bawak dia pergi beli kat jaya jusco...









lastly, pose dari danial yg tgh tido walaupun bising..janji tido sebab ada air cond...hehehehhee




Nasi Ayam






haloooo..ass'kum, dh lama aku tak update umah DJ ni kan...ada banyak n3 aku nak upload tapi penyakit M.A.L.A.S dh datang menyerang..kui..kui..kui...ada je alasan...hehehhehe..kla, resipi ni dh lama aku buat tapi aku simpan buat pekasam dulu...jom layan pix & resipinya..



bahan- bahan sup ayam :
  • 3 bahagian ayam (1 ekor yg dipotong 4)
  • 2 ulas bawang putih (diracik halus)
  • ulas bawang merah (diracik halus )
  • 1 inci halia (diracik halus)
  • 1 tangkai kulit kayu manis, 2 tangkai bunga cengkih , 2 biji bunga lawang
  • beberapa biji buuah pegaga
  • 1 buah sup bunjut
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 6 cawan air
  • garam & perasa

cara memasak :

  • tumis bawang merah , bawang putih , halia , kulit kayu manis , bunga cengkih , bunga lawang , buah pegaga hingga naik bau & agak layu.
  • kemudian , masukkan air , ayam, garam & perasa. setelah mendidih , masukkan sup bunjut. biarkan masak di atas api selama 30 minit.... (ini supaya kesemua bahan tumis tadi meresap masuk dlm ayam).
  • Setelah itu , asingkan 1/2 dr kuah sup itu kedalam mangkuk yg bersih. Keluarkan juga ayam yg direbus.
  • Tambahkan air , garam & perasa utk memasak kuah sup pula.
  • Setelah ok, boleh diangkat & dihidangkan bersama2 nasinya..

bahan - bahan nasi :

  • 5 pot beras (telah dibasuh & ditoskan)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 tangkai kulit kayu manis, 2 tangkai bunga cengkih , 2 biji bunga lawang
  • 5 sudu besar mentega

cara memasak :

  • tumis bawang merah , halia , bunga cengkih , bunga lawang & kulit kayu manis dengan mentega.
  • apabila sudah naik bau & wangi , masukkan beras & sup ayam yg telah diasingkan tadi.
  • tanak beras seperti biasa. Apabila nasi telah hampir masak , buka penutup & kacau sebati...
  • Biarkan ia dlm keadaan 'warm' seketika. Boleh lah diangkat & dihidangkan...

bahan - bahan ayam :

  • ayam yg telah direbus tadi (& telah diasingkan)
  • sedikit kicap pekat ,
  • kicap lemak manis,
  • kunyit
  • garam
  • kicap soya cair

cara memasak :

  • perap kesemua bahan bersama2 ayam selama 1 jam.
  • Boleh lah ayam itu digoreng ...

bahan - bahan sos cili :

  • 3 biji bawang putih *
  • 10 biji cili masak *
  • 5 tangkai cili kering (nak lagi pedas, letak arr banyak2...) *
  • sos cili Aminah Hassan
  • gula

cara memasak :

  • Blender bahan2 yang bertanda *.
  • kemudian masak bahan yg blender tadi. Masukkan sos cili, gula .
  • kacau sebati tapi jgn terlalu cair.
  • boleh diangkat ke dalam mangkuk & hidang..

oklah...SELAMAT MENCUBA ek...kla, till next time, bye...

Tuesday, July 28, 2009

Hilangnya permata Berharga...R.I.P to Yasmin Ahmad

property picture from :yasminthestoryteller.blogspot.com





Pagi ari Isnin...aku terkejut bila hubby bgtau yang yasmin ahmad sudah meninggal dunia..lebih kurang jam 11 lebih malam ahad...sedangkan ari sabtu tu , berita mutakhir yang aku dengar , dia buat operation membuang darah beku.
Yasmin Ahmad - aku mengenalinya melalui iklan2 Petronas yang selalu dimainkan di TV3...iklan yang mencerminkan ciri2 negara kita....filem-filem arahan beliau mengandungi makna tersirat yang perlu penonton huraikan sendiri...ada antara filemnya yang aku dh tengok, contohnya, Sepet , Mukhsin , Rabun...filem2 arahannya memang unik..ada keistimewaan tersendiri...dia antara pengarah & karyawan yang berkaliber dlm mencetuskan ideanya serta arwah seorang yang berani menyatakan pandangannya..

Aku memang respect keberaniannya serta sifat kemelayuannya yang jelas terserlah pada wajahnya...aku kagum ngan karya arahannya...yang banyak mencerminkan ciri2 rakyat malaysia dan arwah juga telah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia (seperti yang diwar warkan oleh perdana menteri Malaysia...)

Kini industri filem kehilangan antara permata berharga dlm penerbitan filem berunsur rakyat...kepada keluarga Allahyarham , Al-fatihah buat arwah Yasmin Ahmad...semoga dirimu menemui kebahagian & sinar Allah...amin...


Saturday, July 25, 2009

Cencaru masak lemak




bahan - bahan :
  • 4 ekor ikan cencaru (sudah dibuang kulit , disiang & dibersihkan)
  • 3 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawnag putih *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 2 biji cili masak *
  • 1 bji santan kelapa
  • garam
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • 2 biji cili hidup (potong panjang)
  • 1 cawan air

(bahan2 yang bertanda *, aku kisar)

cara menyediakan :

  • tumis bahan * sehingga naik bau. (aku buat tumis tanpa minyak)
  • masukkan air, serbuk kunyit , ikan. kacau sebentar, biarkan mendidih seketika...
  • masukkan santan, garam , cili hidup. biarkan masak di atas api selama 15 minit.
  • dh ok, bolehlah diangkat & dihidangkan bersama nasi putih...

SELAMAT MENCUBA....

Monday, July 20, 2009

The BIG PLATE Restaurant...

16/07/09 - actually aku nak upload kan n3 ni dh lama tapi memandangkan sibuk sikit, ni baru dapat upload. masa ni father in law aku ajak semua 1 family makat western kat BIG PLATE. nak tau kat mana?Restoran terletak dekat ngan kampung melayu subang...tepi jalan je.dulu aku pernah makan kat sini, masa tu company buat annual dinner....dipendekkan citer, kita layan jer lah pix yang aku sempat snap...


ni buku menunya...simple kan...aku malas nak bukak dlm , snap kulit luar je lah...
jeng...jeng...jeng..perkenalkan...bakal adik ipar ke..4 info, yang lelaki tu memang adik ipar aku, bakalnya yang pompuan tu..hehehehe..memandai je aku buat assumption sendiri..bila tu tak dapat dipastikan..

ha, ni hubby ngan ayahnya (father in law aku ler tu)...masing2 tgh kelaparan menunggu makanan sampai..


opah tgh pegang danial..sorry pix goyang sebab danial tak reti duk diam...sibuk gak nak makan tu..




jafin cuma nak tunjukkan tayar lorinya sahaja..bertuah nyer anak..




kakak ipar aku tgh pening memikirkan ape yang nak di makan sbb perut pun dh berbunyi...
kat bawah ni gambar food yang aku snap...jom layanzzzz..






chicken chop...chicken chop ke?ntahlah...makan je larrr..





ni makanan yg telah habis dibaham..hahahahahhaa







ok..semua dh kenyang..apalagi, angkat kaki, cabut ler...
kla, till next time, bye..






abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin