Thursday, May 28, 2009

ke zoo negara



belun ready lagi la....





baru nak masuk dalam..posing dulu ek...






jafin with his lovely mum...

















halooo...baru bangun tido ni....comel tak saya?hehehehe









ni satu je gambar terbaru...masa ni aku tgh preggy 8 1/2 bulan...nak tiba time dh tu...leh plak berjalan jalan lagi.aku teringin nak pegi zoo, so hubby aku pun bawaklah, taknak anaknya kempunan plak nanti...hehehehe








ni actually dh lama dh.masa tu jafin baru berumur 11 bulan la aku rasa. saja jer bawak dia..sbb aku teringin sangat nak bawak dia. ye la..nengok org lain bawak anak kan..kebetulan masa tu plak cuti sekolah. , jadi ramailah mak bapak bawak anak memasing.dan nasib baiklah masa tu tak hujan..cuaca sedang sedang elok jer...















agak lama la gak kitaorg be'round' kat dalam zoo tu. ada pertunjukkan haiwan tapi tak sempat nak amik gambornya...sbb ramau sangat orang..





tugasan setiap hari (pagi & petang).....~~~

danial melayan perasaan tu....termenung pikirkan masa depan ni lah rumah babysitter tu...rumah mamanek...besar gak la...

jafin tengah standby nak halau mamanya..hehehehe
huhuhuh....sibuk ngan lorinya...mana pegi..woyi...



salam semua, rasanya dh seminggu tak update blog ni. bukan ape, bz sikit. dengan mak aku nak masuk hospital lagi...so, a little bit of kelam kabut la. ni baru nak start update...kita mulakan dengan rutin aku setiap hari dan setiap petang except saturdays and sundays la. coz hujung minggu aku jaga sendiri anak2 aku.
everyday...dh macam sebati ngan aku..tugas aku setiap pagi kena hantar kedua dua anak aku ke rumah babysitter yang terletak kat puchong jaya.alah, tak jauh pun dari umah aku, lebih kurang dalam 10 minit perjalanan la..babysitter ni aku kenal pun sebab suami aku ngan anaknya kawan baik.dulu mak dia ada jaga sorang lagi budak tapi budak tu skang dh tadika. so, sebelum danial dilahirkan, dia cuma jaga jafin sorang je.setiap pagi aku antar naik motor je.
sekarang ni , dia jaga kedua dua ank lelaki aku.kenalah aku antar diaorg pakai keta plak.takkan nak naik motor.anak aku panggil mamanek, hehehehe...kelakar pun ada..dia sendiri yang cipta nama tu.petang plak,seperti biasa, lepas balik dari kerja , aku amik kereta kat rumah, then baru pegi amik diaorg kat umah babysitter...
oklah..layanzzzz dulu ek...





Wednesday, May 20, 2009

sweet sour ikan merah


bahan-bahan:
1 ekor ikan merah (dibuang sisik & perut serta dibersihkan)
setangkai daun bawang & daun sup (dicincang halus - hiasan)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kering (yang telah siap dikisar)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
4 sudu besar gula
1 labu bawang bombay (dipotong bulat)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
2 sudu tepung jagung (dicampur dgn air)
4 cawan air
bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia (ikut suka nak banyak mana)
cara memasak :
  1. goreng terlebih dahulu ikan merah sehingga agak garing.angkat dan ketepikan.
  2. kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar . biarkan sampai pecah minyak
  3. setelah itu , masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram dan air.biarkan mendidih seketika.
  4. kemudian masukkan bawang bombay , lobak merah dan gula.kacau sebati.
  5. kemudian masukkan tepung jagung dan garam secukupnya. biarkan mendidih seketika.
  6. angkat dan tuangkan atas ikan merah yang telah digoreng. hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
  7. sedap dimakan dengan nasi semasa panas2....

SELAMAT MENCUBA.....

P/S : kalau nak guna ikan lain selain ikan merah pun boleh....

Tuesday, May 19, 2009

tasik puchong

besar gile ikan belida ni....hooray !!!
aku plak nak pegang (dlm gambar ni : johan a.k.a hubby aku )

cepatlah...ikan ni dh mengeliat ni..panas lak tu...

well, this time pergi memancing kat tasik kat puchong plak...tak taulah kat mana, tapi aku tau kat puchong je. ada la dapat ikan belida (yg dalam gambar ), ikan lampan & banyaklah lagi ikan ape pun aku takleh nak cam. dah letih gi mancing kat laut , hubby aku gi mancing kat tasik plak..heiii..dh jadi gila memancing plak dh skang ni...fenin, fenin ana...
tapi sekali sekala , takpelah kan..alhamdullilah , dapat gak makan ikan..takyah aku susah susah pergi pasar...save sikit..heheheheh..well, folks , just layanzzzzzz the pic ok...

sup sayur & fishball



bahan-bahan :

fisball ( ikut suka larr nak letak banyak mana..)
cendawan ( 1 peket)
sayur bayam (pun ikut suka nak banyak mana)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
garam & perasa
minyak (2 sudu)
air (tuk buat kuah)

cara memasak :

  1. tumis bawang merah & bawang putih. sekejap je tumis .
  2. masukkan cendawan , fishball ngan bayam. masukkan air jugak.
  3. masukkan garam & perasa. kacau sebati & biarkan mendidih seketika.boleh angkat & hidangkan....

senang dan simple je kan....

perginya Mak Uda yang disayangi...

Isnin , 18 Mei 2009 , bersamaan 23 Jamadilawal 1430 Hijrah...mak uda telah pergi mengadap Illahi...Allah Yang Maha Esa...aku nak amik gambar upacara pengembumian, segan lah plak.ye lah..org lain tgh sedih2..tetiba aku sibuk jadi cameraman kat kubur.
Mak uda actually dh masuk ke hospital serdang dh hampir 2 bulan. nagm2 selepas aku habis pantang danial. memula dia masuk wad biasa je , then tak lama lepas tu , kena masuk CCU plak. disebabkan jantungnya berair dan berkuman. dari CCU tu lah , dia mula tak sedarkan diri, then masuk plak ICU. agak lama dia kat ICU tu. sian aku tengok. ada lah aku sempat melawat dia..tak silap 3 kali arr...
Tu yang pagi semalam , lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi , bapa mertua aku bagitau yang mak uda dh meninggal dunia. Innalilahhirajiun.....akhirnya dia pergi jua mengadap Ynag Maha Esa.
Apa pun , aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Amin...

nasi goreng diana style

ari jumaat tu..datanglah mood malas nak masak.tetiba je perut ni rasa nak makan nasi goreng.so, aku pun carilah bahan2 kat dapur rumah nak masak nasi goreng. nilah hasilnya...so , enjoy de picture je ek...

bahan-bahan:

3 cawan nasi goreng
15 ekor udang (sudah dikopek kulit & dibersihkan)
ikan bilis (ikut suka)
3 ulas bawang merah (dimayang bulat)
2 ulas bawang putih (diana ketuk aje...)
2 biji telur (digoreng terlebih dahulu & hancurkan)
daun kucai (diracik halus)
garam & perasa
minyak
3 sudu cili boh
3 sudu kicap lemak manis

cara memasak :
  1. panaskan kuali dengan minyak masak.tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau.
  2. masukkan ikan bilis.goreng hingga garing. masukkan cili boh dan udang. kacau sebati
  3. masukkan nasi , daun kucai dan telur yang telah digoreng tadi. kacau sebati
  4. masukkan garam , perasa dan kicap. kacau lagi sehingga sebati dengan nasi.
  5. angkat & hidangkan...

SELAMAT MENCUBA YE....

Friday, May 15, 2009

double choc blend

bahan-bahan:
susu segar dutch lady (250ml)
chocolate powder - 50gm
cooking chocolate - 10 keping (dicincang)
ais kiub secukupnya


cara membuat :
  1. panaskan susu segar sehingga mendidih.masukkan chocolate powder ke dalam susu.
  2. kacau sebati.then , masukkan cooking chocolate.
  3. kacau sebati.then , masukkan ke dalam blender bersama2 ais kiub.
  4. kisar sehingga halus. nak lebih sedap lagi , taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan ke atas minuman.

selamat mencuba ek..sesuai tuk minum petang or special occassion...

kari ayam chef wan style


bahan-bahan :
300gm ayam (dipotong & dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia (dimayang)
1 cawan serbuk kari ayam
1cawan air
1 cawan santan
kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih ,
minyak masak
setangkai daun kari
garam & perasa



cara memasak :


  1. bersihkan ayam dan ketepikan

  2. panaskan kuali.masukkan bawang merah , bawang putih , halia, kulit kayu manis , bunga lawang dan bunga cengkih

  3. masak sehingga naik bau.then masukkan air , rempah kari dan daun kari.biarkan sehingga pecah minyak.

  4. masukkan ayam.kacau sebati dan masak sehingga ayam separuh masak.

  5. masukkan santan dan kacau sebati.biarkan agak mendidih dlm 10 minit.

  6. dh siap....boleh diangkat & hidangkan.

selamat mencuba ek....

"---AWARD---"

Wahhhh...ni first time dapat award.thanks muza coz still remember me..padahal blog ni baru je dilahirkan. tak silap baru seminggu la..hehehehehehe....anyway..thanks again muza..lap u..

Thursday, May 14, 2009

jawab TAG Fara

(Q) : Guna kete/motor ape..(kalau ade gambar lagi bagus..)
(A) : ni jelah keta yang aku pakai dr dulu..wira gsr evo...ada bran ker...motor tu plak, 135LC- YAMAHA...yang sering digunakan tuk pegi keje..hehehehe

(Q) : Guna hp ape.nak gambar sekali.

(A) : aku guna ni jerk...Nokia e66...tu pun laki aku belikan.hehehehe

(Q) : Guna jam ape...
(A) : ni jam pemberian suami tercinta sempena anniversary yg ke-2...TISSOT...saat yg paling bermakna buat ku..


(Q) : Guna wallet rupa macam mana (Nak gambar sekali gak ler..)
(A) : ni pun pemberian suami masa hantaran akad nikah..actually dtg sekali ngan handbag..BRAND SEMBONIA...tu pun aku request..hehehehehe


(Q) Guna ape update blog...listkan alatannya sekali
(A) : ape lagi, computer la...kalau tak kat opis, aku update kat umah..baru pasang internet..tu pun tgk keadaan..hehehehe


so Fara, hopefully semua soklan ko dh terjawap.sorry lambat reply...a little bit busy larr...send my regards to ur family , k...






ayam masak kicap with suhun





bahan-bahan :

300gm ayam (dibersihkan)

100gm suhun

3 ulas bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih(dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)

kicap lemak manis

sos cili aminah hassan

kulit kayu manis, bunga lawang

sup bunjut

garam & perasa


cara memasak :

- panaskan kuali.masukkan bawang merah , bawang putih , halia, kulit kayu manis dan bunga lawang. goreng sehingga naik bau.

- masukkan ayam , kicap dan sos cili. kacau sebati dan biarkan sehingga ayam separuh masak.

- masukkan sup bunjut dan sedikit air

- masukkan suhun, biarkan sehingga suhun lembut.masukkan garam dan perasa.

- boleh lah diangkat.


SELAMAT MENCUBA.hehehhe...

ayam masak halia







wouishhh..banyak gak lah resipi aku masukkan...hehehehe..asah bakat.. ni baru try...simple dan sedap...




bahan- bahan :


1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dibersihkan)


sebuku halia (main agak2 jer)


2 ulas bawang besar (dipotong bulat)


4 ulas bawang putih (dihiris halus)


6 biji cili padi (diana blender ajer..nak tumbuk pun bleh.nak pedas, letaklah banyak2)


sos tiram


daun kucai (tuk hiasan- dihiris)


satu cawan tepung jagung


satu cawan air


minyak dan garam






cara memasak :


- ayam dibersihkan


- masukkan bawang besar.goreng sehingga agak layu sedikit. kemudian masukkan halia & bawang putih.


-masukkan cili. biarkan cili agak masak


- masukkan ayam.gaul sebati dan biar ayam separuh masak


- masukkan sos tiram dan air.kacau sebati. kemudian masukkan tepung jagung dan garam.


- angkat & taburkan daun kucai..hidangkanlah




p/s : actually kena letak sos ikan tapi diana tak masukkan kan pun..adjust sikit2..hiasan tu guna daun ketumbar pun bleh..laigi wangi...








raya tahun 2008
















































raya tahun 2008. ni lah suasana pagi raya kat umah mertua.maklumlah..anaknya ramai...cucu pun ramai, jadi meriah arr...pagi tu, lepas org lelaki balik dr sembahyang raya , sesi bersalam salam pun mula.
selepas tu , aku ngan suami pegi pulak umah mak aku kat puchong.beraya ngan dia plak sekejap sbb raya kedua aku dh balik ipoh, perak. semoga kebahagian keluarga ini berkekalan, amin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA...







udang goreng serai


kali ni kita try masak udang simple giler..k, kita tgk resipi kat bawah :

bahan- bahan :
300gm udang (dikopek & dibersihkan)
3 biji bawang besar
10 biji cili padi
5 helai daun limau purut
2 tangkai daun serai( dihiris / diketuk- selalunya diana ketuk aje)
3 ulas bawang putih
pes tomyam
sos ikan (nampla)
minyak tuk mengoreng
garam


cara membuatnya :
hiriskan bawang besar , bawang putih, daun limau purut.masukkan ke dalam kuali. goreng sehingga naik bau. then , masukkan udang, dan pes tomyam.tambahkan sedikit air..
masak sehingga agak mendidih , masukkan sos ikan.gaul sebati.masukkan garam dan masak lagi sehingga kuah agak kering.masukkan serai dan gaul lagi sehingga sebati....
angkat dan hidangkan...

senangkan.so, cubalah...insyallah..sedap...hehehhe

Wednesday, May 13, 2009

Family barbeque (08/05/09)

baru nak hidupkan bara ni..sabar ye..



silalah jamu mata ek...hehehehhe














makan time...









ok..date dah tercatit kat atas. event ni take place kat umah mak/bapak mertua aku. actually ni sambut 3 occassion in 1 time .(birthday aku + birthday akak ipar + mother's day). bapak mertua aku kata, senang, buat sekali je semua. so, lepas balik keje tu , kitaorg pun pegilah beli ayam & daging yang dh siap marinate kat pasaraya GIANT. ada yang beli sate, kerang. malam tu, yang jadi tukang bakarnya , hehehhehe, suami aku ler...sedap abang bakar...puji, jangan tak puji. hehehehe...sorylah kalau ada pic yang tak clear. layannnnn...zassssss....
















Tuesday, May 12, 2009

sunday - 10/5/2009

this is danial after 3 months old


danial ni tak duduk diam la, mama !!!


sibuk abang nak betulkan supaya adiknya duduk diam..hehehhehe
well...this two little boys is my precious prince and my buah hati. this picture aku amik ari weekend baru ni. masa ni jelah yang aku gunakan sebaik mungkin spent time ngan anak anak aku. layan kerenah diaorg...walaupun penat mengemas umah , memasak , but bila ngan this two little guy..everything rasa seronok..
and it's good to see the BIG BRO leh accept adiknya. no musuh2...harus saling sayang menyayangi between them..and as for me...both of them adalah present yang paling berharga for this mother's day....ape yang aku harapkan, that all my children will become anak yang soleh and taat pada mama & papa. as long they happy, aku pun happy...love ur children and love ur mother...



abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin