Assalammualaikum...!!!
Bersihkanlah diri kamu sebelum kamu dimandikan !
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan !
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan !
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan !
Dengan kain kafan yang serba putih !
Pada waktu tidak guna lagi bersedih..
Walaupun orang hadir itu merintih...
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai..
Lalu dilaksanakan lah solat jenazah..
Dengan 4 kali takbir & 1 salam..
Beserta Fatihah, Selawat & doa..
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah..
Tapi apakah 4 kali takbir itu dapat menebus...
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ?
Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk & sujud...
Dapat memnayar hutang rukuk & sujudmu yang telah luput?
Sunggug tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin & Muslimat..
Usunglah dirimu ke tikar Solat...
Sebelum kamu diusung ke liang lahad...
Menjadi makanan cacing & mamahan ulat !
Iringilah dirimu ke masjid...
Sebelum kamu diiringi ke pusara !
Tangisilah dosa dosamu di dunia...
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa' !
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan !
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan...
Dengan panggilan Izrail yang menakutkan !
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan !
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal...
Bukan yang pergi !...
Ingatlah dimana saja kamu berada...
Kamu tetap memijak bumi Tuhan !
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan !
Serta menikmati rezeki Tuhan !
Justeru bila dia menyeru..
Sambutlah seruan dengan 'Hayya alas Solaah"..
Dengan penuh rela & bersedia..
Smbutlah seruan dengan 'Hayya alal falaah"...
Jalan kemenangan akhirat & dunia...
Ingatlah yang kekal ialah amal...
Menjadi bekal sepanjang jalan !
Menjadi teman di perjalanan...
Guna panduan bertemu Tuhan !
Pada hari itu tiada berguna...
Harta , takhta dan putera...
Istei , kad kredit & kereta...
Kondominium , saham & niaga
Kalau dahi tak mencecah SEJADAH di dunia !
Kepada umat beragama ISLAM seluruh dunia , renung2 kanlah maksudnya...cukupkah amalan kita selama ini , cukupkah solat kita 5 waktu itu , cukupkah bekal amal yang perlu kita bawa utk menemui Tuhan yang Satu?...renungkanlah & muhasabah diri kita..allahualam...
No comments:
Post a Comment