Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Ayam bakar

sorry , gambar tak berapa clear, almaklumlah, pakai camera handphone jerk...

ni menu buka puasa semalam..puas aku mengodek dan mengeledah dapur ummi - kuantan. dh lama aku teringin nak buat ayam bakar tapi ada je halangan..hehehhe...anyway, thanks to ummi, diana CnP je resipi ye ummi...mintak halal..

bahan - bahan :

  • 1/2 ekor ayam (aku guna 3/4 ayam - dibasuh & dibersihkan)

bahan kisar : (diperapkan bersama sama ayam)

  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 4 biji cili merah (nak pedas, letak ler cili padi)
  • lada hitam (ikut suka nak guna berapa banyak)

bahan sos : (diperapkan bersama sama ayam juga)

  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tomato
  • kunyit
  • garam
  • serai (diketuk - utk merenjis minyak pada ayam)

cara memasak :

  • kesemua bahan diperapkan bersama ayam selama 3- 4 jam
  • kemudian, bakar pada suhu 200'C selama 35 - 40 minit atau sehingga ayam masak

(saya guna api bawah 20 minit , api atas 15 minit)

  • renjiskan sedikit minyak & terbalikkan2 ayam supaya masak di kedua2 belah
  • setelah masak, boleh lah dipotong2 & dihidangkan

Friday, June 19, 2009

Ayam Mas Merah




resipi ni aku amik dari Dapur Tanpa Sempadan- Mat Gebu sebabnya aku tengok nampak sedap lah pulah ayam mas merah. dan kebetulan , dalam fridge ada banyak stok ayam...hehehehehhe...bila dah masak , rasanya mcm masak paprik pun ada , macam masak merah pun ada.kla, taknak citer panjang , jom kita tengok resipinya...


bahan -bahan :

- 500 gm ayam (potong ikut suka)
- 2 sudu kecil kunyit
- 2 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 inci halia ( ditumbuk tapi aku racik je..)
- 3 sudu besar cili kisar (aku pakai cili boh instant punye...)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin tomato puri (aku pakai 5 sudu besar sos tomato)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji cili hijau (potong serong)
- 1 tangkai kulit kayu manis (rempah tumis)
- 2 bji bunga lawang (rempah tumis)
- 4 tangkai bunga cengkih (rempah tumis)
- 1/2 cawan air
- garam & gula secukupnya.


cara memasak :

1. ayam dicuci bersih. satukan dengan garam dan kunyit. perap selama 20 minit. kemudian goreng sehingga agak kekuningan. angkat dan
toskan.
2. keluarkan minyak lebihan , tinggalkan 1/3 minyak sahaja. tumis bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih , bawang putih ,
halia , serai titik & cili kisar sehingga naik bau & pecah minyak.
3. masukkan tomato puri / sos tomato, cili sos dan kacau sebati. kemudian , masukkan ayam , cili hijau , bawang besar dan air. kacau
sebati dan masak sehingga kuah agak pekat.
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. bila rasa dah ok tu , bolehlah diangkat. hiaskan dengan kacang peas dan bawang goreng.
(kacang peas aku tak pakai...hehehehe..letak bawang goreng je)

masakan ni sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi beriani ke...hehehehhehe...nanti aku nak try buat nasi beriani lak. to Mat Gebu , thanks for the recipe and sorry ada tukaq sikit u punya resipi..hehehehe
Posted by Picasa

Friday, June 5, 2009

kurma ayam


this time kita tengok ayam masak kurma plak ye..resipi ni aku masak weekend baru2 ni...dh lama tak masak kurma ayam...so, this is my version..hehehehehe
bahan-bahan :
- 300gm ayam (dibuang kulit & dibersihkan)
- 1 cawan rempah kurma
- 2 ulas bawang merah (diracik halus)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1/2 inci halia (diracik halus)
- 1 cawan santan
- 2 ulas bawang besar ( dibelah empat)
- cili hijau (dipotong panjang)
- cili merah (dipotong panjang)
- rempah (bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih)
- 2 cawan air
- garam dan perasa
- 2 sudu minyak tuk menumis
cara memasak:
  1. panaskan kuali.tumis bawang merah , bawang putih , halia dan juga rempah 3 serangkai hingga wangi dan naik bau.
  2. kemudian, masukkan rempah kurma dan sedikit air.biarkan ia sehingga pecah minyak.
  3. masukkan ayam dan gaulkan sebati. masukkan garam dan perasa dan tambah lagi sedikit air. gaul sebati dan biarkan seketika.
  4. setelah ayam separuh masak, masukkan pula santan sedikit demi sedikit. kacau bagi sebati.
  5. masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. masak lagi di atas api selama 10 hingga 15 minit.
  6. boleh lah diangkat dan dihidangkan..sedap dimakan bersama nasi putih semasa panas.

anak aku cukup suka dapat makan kurma..dah memang faveret dia...sebab ianya tak pedas...anyway, selamat mencuba...till next time..bye..


Monday, June 1, 2009

kung pao chicken



bahan- bahan A :


- 600 gm isi ayam / daging

- tepung jagung
- garam

salutkan isi ayam dengan tepung jagung dan garam.goreng dan toskan.


bahan - bahan B :


- 100gm kacang gajus (goreng dan toskan)

- 30gm cili kering (potong dlm 1 inci)

- 2 bji labu bawang besar (dipotong dadu)

- 4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)

- 2 inci halia (ditumbuk halus)

- 1 biji cili benggala hijau (dipotong lebar)

- 2 sudu sos tiram

- 2 sudu sos cili

- 1/4 cawan air

- minyak tuk menumis

- sedikit garam

cara memasak :



  1. panaskan minyak di dalam kuali. goreng cili kering hingga garing.
  2. kemudian , tumis halia , bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. masukkan cili benggala , sos cili dan sos tiram air. biarkan mendidih seketika.
  4. masukkan kacang gajus dan biarkan ia kering seketika. kemudian boleh la diangkat.
  5. sedap dihidangkan ketika masih panas bersama sama nasi putih.






SELAMAT MENCUBA.....


Friday, May 15, 2009

kari ayam chef wan style


bahan-bahan :
300gm ayam (dipotong & dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 inci halia (dimayang)
1 cawan serbuk kari ayam
1cawan air
1 cawan santan
kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih ,
minyak masak
setangkai daun kari
garam & perasa



cara memasak :


  1. bersihkan ayam dan ketepikan

  2. panaskan kuali.masukkan bawang merah , bawang putih , halia, kulit kayu manis , bunga lawang dan bunga cengkih

  3. masak sehingga naik bau.then masukkan air , rempah kari dan daun kari.biarkan sehingga pecah minyak.

  4. masukkan ayam.kacau sebati dan masak sehingga ayam separuh masak.

  5. masukkan santan dan kacau sebati.biarkan agak mendidih dlm 10 minit.

  6. dh siap....boleh diangkat & hidangkan.

selamat mencuba ek....

Thursday, May 14, 2009

ayam masak kicap with suhun





bahan-bahan :

300gm ayam (dibersihkan)

100gm suhun

3 ulas bawang merah (dihiris)

3 ulas bawang putih(dihiris)

1/2 inci halia (dihiris)

kicap lemak manis

sos cili aminah hassan

kulit kayu manis, bunga lawang

sup bunjut

garam & perasa


cara memasak :

- panaskan kuali.masukkan bawang merah , bawang putih , halia, kulit kayu manis dan bunga lawang. goreng sehingga naik bau.

- masukkan ayam , kicap dan sos cili. kacau sebati dan biarkan sehingga ayam separuh masak.

- masukkan sup bunjut dan sedikit air

- masukkan suhun, biarkan sehingga suhun lembut.masukkan garam dan perasa.

- boleh lah diangkat.


SELAMAT MENCUBA.hehehhe...

ayam masak halia







wouishhh..banyak gak lah resipi aku masukkan...hehehehe..asah bakat.. ni baru try...simple dan sedap...




bahan- bahan :


1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dibersihkan)


sebuku halia (main agak2 jer)


2 ulas bawang besar (dipotong bulat)


4 ulas bawang putih (dihiris halus)


6 biji cili padi (diana blender ajer..nak tumbuk pun bleh.nak pedas, letaklah banyak2)


sos tiram


daun kucai (tuk hiasan- dihiris)


satu cawan tepung jagung


satu cawan air


minyak dan garam






cara memasak :


- ayam dibersihkan


- masukkan bawang besar.goreng sehingga agak layu sedikit. kemudian masukkan halia & bawang putih.


-masukkan cili. biarkan cili agak masak


- masukkan ayam.gaul sebati dan biar ayam separuh masak


- masukkan sos tiram dan air.kacau sebati. kemudian masukkan tepung jagung dan garam.


- angkat & taburkan daun kucai..hidangkanlah




p/s : actually kena letak sos ikan tapi diana tak masukkan kan pun..adjust sikit2..hiasan tu guna daun ketumbar pun bleh..laigi wangi...








abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin