Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Nasi Ayam






haloooo..ass'kum, dh lama aku tak update umah DJ ni kan...ada banyak n3 aku nak upload tapi penyakit M.A.L.A.S dh datang menyerang..kui..kui..kui...ada je alasan...hehehhehe..kla, resipi ni dh lama aku buat tapi aku simpan buat pekasam dulu...jom layan pix & resipinya..



bahan- bahan sup ayam :
  • 3 bahagian ayam (1 ekor yg dipotong 4)
  • 2 ulas bawang putih (diracik halus)
  • ulas bawang merah (diracik halus )
  • 1 inci halia (diracik halus)
  • 1 tangkai kulit kayu manis, 2 tangkai bunga cengkih , 2 biji bunga lawang
  • beberapa biji buuah pegaga
  • 1 buah sup bunjut
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 6 cawan air
  • garam & perasa

cara memasak :

  • tumis bawang merah , bawang putih , halia , kulit kayu manis , bunga cengkih , bunga lawang , buah pegaga hingga naik bau & agak layu.
  • kemudian , masukkan air , ayam, garam & perasa. setelah mendidih , masukkan sup bunjut. biarkan masak di atas api selama 30 minit.... (ini supaya kesemua bahan tumis tadi meresap masuk dlm ayam).
  • Setelah itu , asingkan 1/2 dr kuah sup itu kedalam mangkuk yg bersih. Keluarkan juga ayam yg direbus.
  • Tambahkan air , garam & perasa utk memasak kuah sup pula.
  • Setelah ok, boleh diangkat & dihidangkan bersama2 nasinya..

bahan - bahan nasi :

  • 5 pot beras (telah dibasuh & ditoskan)
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 tangkai kulit kayu manis, 2 tangkai bunga cengkih , 2 biji bunga lawang
  • 5 sudu besar mentega

cara memasak :

  • tumis bawang merah , halia , bunga cengkih , bunga lawang & kulit kayu manis dengan mentega.
  • apabila sudah naik bau & wangi , masukkan beras & sup ayam yg telah diasingkan tadi.
  • tanak beras seperti biasa. Apabila nasi telah hampir masak , buka penutup & kacau sebati...
  • Biarkan ia dlm keadaan 'warm' seketika. Boleh lah diangkat & dihidangkan...

bahan - bahan ayam :

  • ayam yg telah direbus tadi (& telah diasingkan)
  • sedikit kicap pekat ,
  • kicap lemak manis,
  • kunyit
  • garam
  • kicap soya cair

cara memasak :

  • perap kesemua bahan bersama2 ayam selama 1 jam.
  • Boleh lah ayam itu digoreng ...

bahan - bahan sos cili :

  • 3 biji bawang putih *
  • 10 biji cili masak *
  • 5 tangkai cili kering (nak lagi pedas, letak arr banyak2...) *
  • sos cili Aminah Hassan
  • gula

cara memasak :

  • Blender bahan2 yang bertanda *.
  • kemudian masak bahan yg blender tadi. Masukkan sos cili, gula .
  • kacau sebati tapi jgn terlalu cair.
  • boleh diangkat ke dalam mangkuk & hidang..

oklah...SELAMAT MENCUBA ek...kla, till next time, bye...

Monday, July 6, 2009

Nasi Tomato



weekend baru ni, saja aku try skill buat nasi toamato. bosanlah asyik buat nasi ayam je...oh ye , nanti aku post kan n3 nasi ayam...resipinya ni aku amik dari ummi Home Sweet Home...thanks ummi, diana copy paste aje yek...hubby kata sedap, pasni leh buat tuk open house raya plak...hehehehhe..insyaallah...


bahan -bahan :

- 5 cawan beras (ikut lah banyak mana nak...kalau nak sedap , guna beras basmathi)
- 1/2 cawan susu cair
- 4 biji tomato (dicincang)
- 1/2 cawan sos tomato
- 2 sudu besar marjerin/ minyak sapi
- garam
- air (ikut sukatan nasi)
- daun sup / bawang (tuk hiasan)
- bawang goreng

bahan tumis :
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang

cara memasak :
- panaskan kuali dengan marjerin. tumis bawang merah , putih , halia & rempah tumis hingga wangi & naik bau.
- masukkan susu cair , sos tomato , tomato , garam. gaulkan rata.
- tambahkan air & biar ia mendidih seketika.
- beras (dibasuh & ditoskan dahulu). masukkan bahan yang dimasak ke dalam periuk nasi elektrik , masukkan beras.
- masak nasi seperti biasa. bila telah masak , kacau rata perlahan- lahan.
- hiaskan lah dengan daun bawang/ daun sup & bawang goreng.


nasi tomato ni lauk sampingannya aku masak kari ayam... sebelum ni ada aku masukkan n3 about kari ayam...nak masak daging hitam blackpepper, tak sempat..takpe, nanti aku upload kan ke....kla , till next time , bye. SELAMAT MENCUBA....
Posted by Picasa

Tuesday, June 2, 2009

nasi goreng cina



bahan - bahan :
- 6 cawan nasi ( nasi belen masak malam tadi)
- 30 gm udang kopek
- 10 gm isi ayam
- carot (dipotong halus)
- kacang panjang (dipotong halus & bulat2)
- 3 biji telur
- 3 ulas bawang putih (diracik halus. aku ketuk aje)
- 2 ulas bawang merah (dipotong bulat)
- minyak (of kos lah kan...hehehehe..kalau tak, cam mana nak masak)
- garam secukup rasa
- bawang goreng (utk hiasan)
cara memasak :
  1. panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. kemudian, masukkan udang dan isi ayam. gaulkan sebati.
  2. setelah itu , masukkan kacang panjang dan carot. gaul sebati. masukkan telur.biarkan seketika, kemudian hancurkan.gaul sebati...
  3. masukkan nasi dan gaul sebati. perasakan dengan garam secukup rasa.
  4. angkat, taburkan dengan bawang goreng dan bolehlah dihidangkan.

ni masak simple , sebabnya aku dh tak tau nak masak ape...dan malas..monday blues la katakan...hehehehehhee...jadilah, suami aku makan je...anyway , selamat mencuba ek...

Tuesday, May 19, 2009

nasi goreng diana style

ari jumaat tu..datanglah mood malas nak masak.tetiba je perut ni rasa nak makan nasi goreng.so, aku pun carilah bahan2 kat dapur rumah nak masak nasi goreng. nilah hasilnya...so , enjoy de picture je ek...

bahan-bahan:

3 cawan nasi goreng
15 ekor udang (sudah dikopek kulit & dibersihkan)
ikan bilis (ikut suka)
3 ulas bawang merah (dimayang bulat)
2 ulas bawang putih (diana ketuk aje...)
2 biji telur (digoreng terlebih dahulu & hancurkan)
daun kucai (diracik halus)
garam & perasa
minyak
3 sudu cili boh
3 sudu kicap lemak manis

cara memasak :
  1. panaskan kuali dengan minyak masak.tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau.
  2. masukkan ikan bilis.goreng hingga garing. masukkan cili boh dan udang. kacau sebati
  3. masukkan nasi , daun kucai dan telur yang telah digoreng tadi. kacau sebati
  4. masukkan garam , perasa dan kicap. kacau lagi sehingga sebati dengan nasi.
  5. angkat & hidangkan...

SELAMAT MENCUBA YE....

abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin