Showing posts with label Hirzy. Show all posts
Showing posts with label Hirzy. Show all posts

Wednesday, February 16, 2011

Hirzy dah motak !!!

Salam...huhuhuhu., bersepah randah umah aku ni..kla, ni nak story pasal En.Hirzy ye..yg mana sekarang ni rambutnya dah dibotakkan..wakakaakkakakaka..uihhshh, kejam nyer mama gelakkakn ejy ye..hehehehe, gurau je..bukan apa, ada org cakap lebih baik buang rambut yg dr lahir tu, biar tumbuh rambut baru..ye kan..xpelah, anyway, jom layan gambar ye..

masa ni ada rambut lagi..

 tadaaaaaa..saya dh sudah dibotakkan oleh ane, tukang kedai gunting rambut..papa cakap, ejy ni diam je, x mcm abang2nya, menangis melalak bila masuk kedai gunting rambut


pastu, tetiba ada rambut baru plak tumbuh..hehehhehe.kerinting & dua kaler lak tu...jafin kata, rambut bola..hahahhahaha, sia ejy, kena buli ngan mama..


kla, that's all for now..jumpa at next n3 ye..terima kasih kerana membaca..babai

Thursday, October 14, 2010

Ejy 1st solid food & walker

Salam and hi..ari senian (isnin) lepas aku try lah bagi ejy solid food..memang supposely kena bagi masa 6 bulan ke atas..tapi abang2nya semua masa 5 bulan lagi aku dah masukkan..tapi xdelah banyak pun..ye la, baru nak kenalkan...so, ejy makan sikit je,,selebihnya, abang danial yang sapu bersih..hehehehehhe..and at this moment ejy dah pun 5 month ++ dengan berat 6.9kg...and disebabkan dia selalu mcm excited nak main sama ngan abang, aku letak dia dlm walker yang disendal dengan bantal.nampak hepy sangat sbb dapat berdiri..wahh..wahhh..wahh...anak mama ni, ni belum dapat kaki, kalau dapat kaki, alamat jenuhlah aku nak mengejarnya..heheheh,kla, layan pix jom.

perasmian menggunakan pinggan and sudu baby..

ni lah solid food tu..si danial pun suka

mama tgh suapkan ejy

ejy dlm walker..

'' hai..saya yg tgh blur2, and also excited dlm walker ni..''

Monday, September 6, 2010

Ejy dh meniarap @ 3 months ++

Salam semua..ni citer pasal ejy saja yek..nak dipendekkan story, ejy dh start meniarap at the age of 3 months ++..kira cepatlah tu.berbanding ngan abang2nya yang 2 org tu..Jafin - 5 bulan ++, Danial - 7 bulan ++...ha...x ke cepat tu..hiashhh...ada yang berjalan cepat ni...agaknya dia x sabar2 nak join abangnya main...yela, asyik dengar suara diaorg mengekek gelak sana, gelak sini, jeles la tu...hehehehhehe...anyway, yang penting, anak2 saya semua alhamdulillah sihat walafiat.skrg ni, si ejy dh pandai terbalik kan diri dia semula lepas meiarap dan dah mula mengesot 360 darjah..wakakakkaka..buat pusingan jam tu..apa pun, asalkan dia happy, ye dak?...and for all info, ejy dh 6.8kg @ 4 months pada 29/8/2010...alhamdulillah...to my dearest ejy, semoga membesar dengan sihat ye sayang...and moga cepat join abang long and abnag ngah.. 


ejy terkejut tgk flash camera mama..hehehhehe..

Thursday, July 8, 2010

Kenduri cukur jambul Hirzy

antara yang ada dlm gift beg - oreo coklat
separuh  gift beg yang dh siap

ni pun ada dlm gift beg - vanilla choc chip cupcakes


Ass'kum..n3 ni about kenduri cukur jambul yang aku and hubby buat untuk Hirzy Halifi pada ahad 4hb July 10..kenduri ni start pada pukul 11 pagi. Actually hubby aku yang beria sangat nak buat kenduri ni. katanya disebabkan kereta kitaorg dh hilang, jadi boleh lah dia menyimpan buat kenduri. Time Danial , x dapat sbb xde rezeki tapi xpelah..yang pentingnya aqiqah tu ye tak..(nak sedapkan hati sendiri )...

Gambar masa kenduri tu x sempat nak snap sbb phone aku ntah mana2 peginya. Tau2 je, dh sudah marhaban...frust giler...yang sempat aku snap , gambar gift beg yang aku buat tuk ahli marhaban je..anyway, layan pics ni je lah ekk dulu..nanti , aku upload gambar 1 family, yang BESAR punya...
pandangan dlm gift beg - surah yasin , cawan, cupcakes/coklat, telur

Sekarang DJ BAKERY ada juga membuat khidmat menyediakan gift beg untuk sebarang majllis.. Harga gift beg bergantung pada item yang terdapat dlm gift beg....sebarang pertanyaan boleh call 017-3729232-diana

Friday, June 11, 2010

One month already and injection - Ejy

hai and assalammualaikum uncle2 and aunty2 semua...well , lama dh update.maklumla.masa x menentu tambahan ngan 3 orang hero sekarang ni. aku masih lagi dlm pantang and alhamdulillah dh sebulan aku berpantang. huiihhh..jenuh nak menghabiskan 60 hari pantang. oklah , n3 ni nak update anak aku yang no. 3 , Hirzy yang telah mencecah usia 1 bulan. masa usia 1 bulan , nak kena cucuk injection Hepatitis B 2nd dos. and masa kat klinik , nurse suruh timbang Ejy. alhamdulillah ,, beratnya naik 1.32kg..jadi beratnya dlm 1 bulan dh cecah 5.1kg..

besar kan?mana taknya, lahir saja pun dh besar , dekat 4kg. kla , aku pun banyak keje , kita layanzz gambar je..hehehhehe

Ejy tengah tido.






Friday, May 14, 2010

Perkenalkan..Emeth Hirzy Halifi

Assalammualaikum kawan2 bloggerz..dh lama aku x update kan..oklah..n3 ni is all about our 3rd prince charming..Emeth Hirzy Halifi b Johan Haswandi. oklah..ekceli citernya begini.

28/4/2010 :

8.00am -pagi tu aku rasa memang malas nak pegi keje tapi nak buat camna..kenalah jugak. but then, anak aku yang sulung mengamuk nak ikut. aku umpan cakap nak belikan mc'd.pastu , aku send kedua2 duanya ke umah babysitter.pastu aku ikut asben aku ke serdang, katanya nak amik barang dari supplier. aku cakap oklah. then , tetiba, start dr pukul 9.30 pagi, aku tengok perut aku mengeras setiap 10 minit. aku call hospital.katanya suh datang cek bukaan dulu.


11.35am - aku sampai kat hospital. aku masuk ke bilik screening dulu. setelah buat semua rutin seperti biasa , nurse staff suh aku baring. nak pasang CTG scan tuk tgk contration and keadaan jantung baby. x lama kemudian , doc masuk and cek bukaan kat ''bawah''..katanya dh terbuka 4cm. patutlah selama seminggu aku dok rasa ada mcm air keluar sikit2 bila berjalan ke, duduk ke..rupanya dh terbuka...pastu doc kata nak terus tolak masuk labour room.


4.30ptg - aku ditolak masuk ke labour room setelah air tuban aku dipecahkan. but before that, aku kena pakai oksigen sbb baby tido. carta nya mendatar aje...tapi sib baik, x sampai 10 minit, baby dh bangun balik.


5.00ptg - asben aku dipanggil masuk ke labour room. kat dlm labour room , aku dh dimasukkan dengan ubat utk contraction and jugak drip air sbb kena puasa. bila dh dimasukkan ubat bagi sakit , contraction aku pun bermula tapi aku masih boleh bertahan lagi. staff nurse ada offer kat aku ubat tahan sakit tapi aku xnak. katanya kalau dh 5cm, diaorg x bagi ubat tahan sakit tapi nanti nak meneran, kena push sekuat abis la..maknanya , aku kena berusaha sedaya upaya utk anak aku..


8.00mlm - doc masuk cek bukaan lagi, katanya masih jauh lagi kepala baby and bukaan pun x a banyak w/pun dh masuk ubat air. masa ni bukaan baru dlm 5cm je. dlm hati aku berdoa pada Allah supaya senangkan aku lahirkan anak ini melalui proses bersalin normal. ye la, mana taknya , dlm pantang, aku kena jaga tiga2 anak aku..abis kalau operate, x ke susah..tapi masa ni contraction aku dh makin kuat.


10.00mlm - doc datang cek lagi. masa ni contraction dh makin kuat tapi pintu cuma baru 6cm aje. then, doc tgk pada CTG scan..katanya bacaan jantung baby sangat lemah dan kemungkinan baby jugak besar.doc bagi aku masa sampai pukul 11.00 mlm. katanya, kalau still x memuaskan , aku kena operate. dia takut masa aku nak meneran , jahitan dan parut ceaser lama akan terbuka.


11.30 mlm - doc dtg cek lagi. katanya dia x boleh tunggu lagi. tapi sebagai seorang ibu, aku tau aku boleh bersalin normal and dlm diam, aku pujuk baby dlm perut supaya keluar ikut pintu. asben aku dh pening kepala. last2 aku kata , xpelah kalau kena operate...yang penting, baby keluar dengan keadaan sihat dan sempurna.


11.45mlm - aku disiapkan utk masuk ke bilik operate. dlm pada itu, tetiba aku rasa mcm nak meneran. mcm nak terberak sesuatu yang keras. doc pesan jangan meneran sbb aku nak kena operate. katanya teran buat apa. aku balas dengan menjerit.."abis tu, dh rasa nak meneran..nak buat camna.dh rasa baby dh nak kuar''..doc cek lagi bukaan pintu, baru 7cm katanya. jauh lagi..
12.00mlm - aku ditolak ke OT. dlm pada itu pun aku masih meneran lagi. nurse semua berenti dan cek bukaan, dh 8cm...


12.30am - aku di OT. masih lagi meneran dan sakit yang terammmmmmmat sangat. sbb aku x amik ubat penahan sakit..padan muka aku...staff nurse tanya " puan nak meneran ke?" aku cakap lah "ye..saya nak rasa nak meneran ni..rasa mcm nak terkeluar dh!!"..then , staff nurse cek, ngam2 bukaan pintu dh 10cm. so, semua staff nurse dan doc yang nak operate aku tu guide aku utk aku push baby keluar.


1.07am - akhirnya, setelah berhempas pulas selama 1/2 jam, aku selamat melahirkan seorang lagi putera ketiga kami..Emeth Hirzy Halifi pada jam 1.07 am dengan berat 3.88kg..besar gile anak aku no.3 ni...patutlah lama sangat nak keluar...asben aku pun terkejut bila dia dapat tau aku bersalin normal dlm OT. tapi syukur alhamdulillah semua selamat...









inilah putera ketiga kami...Emeth Hirzy Halifi sejam selepas dilahirkan..muka sebijik ikut abangnya yang sulung..

abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin