Assalammualaikum kawan2 bloggerz..dh lama aku x update kan..oklah..n3 ni is all about our 3rd prince charming..Emeth Hirzy Halifi b Johan Haswandi. oklah..ekceli citernya begini.
28/4/2010 :
8.00am -pagi tu aku rasa memang malas nak pegi keje tapi nak buat camna..kenalah jugak. but then, anak aku yang sulung mengamuk nak ikut. aku umpan cakap nak belikan mc'd.pastu , aku send kedua2 duanya ke umah babysitter.pastu aku ikut asben aku ke serdang, katanya nak amik barang dari supplier. aku cakap oklah. then , tetiba, start dr pukul 9.30 pagi, aku tengok perut aku mengeras setiap 10 minit. aku call hospital.katanya suh datang cek bukaan dulu.
11.35am - aku sampai kat hospital. aku masuk ke bilik screening dulu. setelah buat semua rutin seperti biasa , nurse staff suh aku baring. nak pasang CTG scan tuk tgk contration and keadaan jantung baby. x lama kemudian , doc masuk and cek bukaan kat ''bawah''..katanya dh terbuka 4cm. patutlah selama seminggu aku dok rasa ada mcm air keluar sikit2 bila berjalan ke, duduk ke..rupanya dh terbuka...pastu doc kata nak terus tolak masuk labour room.
4.30ptg - aku ditolak masuk ke labour room setelah air tuban aku dipecahkan. but before that, aku kena pakai oksigen sbb baby tido. carta nya mendatar aje...tapi sib baik, x sampai 10 minit, baby dh bangun balik.
5.00ptg - asben aku dipanggil masuk ke labour room. kat dlm labour room , aku dh dimasukkan dengan ubat utk contraction and jugak drip air sbb kena puasa. bila dh dimasukkan ubat bagi sakit , contraction aku pun bermula tapi aku masih boleh bertahan lagi. staff nurse ada offer kat aku ubat tahan sakit tapi aku xnak. katanya kalau dh 5cm, diaorg x bagi ubat tahan sakit tapi nanti nak meneran, kena push sekuat abis la..maknanya , aku kena berusaha sedaya upaya utk anak aku..
8.00mlm - doc masuk cek bukaan lagi, katanya masih jauh lagi kepala baby and bukaan pun x a banyak w/pun dh masuk ubat air. masa ni bukaan baru dlm 5cm je. dlm hati aku berdoa pada Allah supaya senangkan aku lahirkan anak ini melalui proses bersalin normal. ye la, mana taknya , dlm pantang, aku kena jaga tiga2 anak aku..abis kalau operate, x ke susah..tapi masa ni contraction aku dh makin kuat.
10.00mlm - doc datang cek lagi. masa ni contraction dh makin kuat tapi pintu cuma baru 6cm aje. then, doc tgk pada CTG scan..katanya bacaan jantung baby sangat lemah dan kemungkinan baby jugak besar.doc bagi aku masa sampai pukul 11.00 mlm. katanya, kalau still x memuaskan , aku kena operate. dia takut masa aku nak meneran , jahitan dan parut ceaser lama akan terbuka.
11.30 mlm - doc dtg cek lagi. katanya dia x boleh tunggu lagi. tapi sebagai seorang ibu, aku tau aku boleh bersalin normal and dlm diam, aku pujuk baby dlm perut supaya keluar ikut pintu. asben aku dh pening kepala. last2 aku kata , xpelah kalau kena operate...yang penting, baby keluar dengan keadaan sihat dan sempurna.
11.45mlm - aku disiapkan utk masuk ke bilik operate. dlm pada itu, tetiba aku rasa mcm nak meneran. mcm nak terberak sesuatu yang keras. doc pesan jangan meneran sbb aku nak kena operate. katanya teran buat apa. aku balas dengan menjerit.."abis tu, dh rasa nak meneran..nak buat camna.dh rasa baby dh nak kuar''..doc cek lagi bukaan pintu, baru 7cm katanya. jauh lagi..
12.00mlm - aku ditolak ke OT. dlm pada itu pun aku masih meneran lagi. nurse semua berenti dan cek bukaan, dh 8cm...
12.30am - aku di OT. masih lagi meneran dan sakit yang terammmmmmmat sangat. sbb aku x amik ubat penahan sakit..padan muka aku...staff nurse tanya " puan nak meneran ke?" aku cakap lah "ye..saya nak rasa nak meneran ni..rasa mcm nak terkeluar dh!!"..then , staff nurse cek, ngam2 bukaan pintu dh 10cm. so, semua staff nurse dan doc yang nak operate aku tu guide aku utk aku push baby keluar.
1.07am - akhirnya, setelah berhempas pulas selama 1/2 jam, aku selamat melahirkan seorang lagi putera ketiga kami..Emeth Hirzy Halifi pada jam 1.07 am dengan berat 3.88kg..besar gile anak aku no.3 ni...patutlah lama sangat nak keluar...asben aku pun terkejut bila dia dapat tau aku bersalin normal dlm OT. tapi syukur alhamdulillah semua selamat...
inilah putera ketiga kami...Emeth Hirzy Halifi sejam selepas dilahirkan..muka sebijik ikut abangnya yang sulung..
2 comments:
comeynye baby baru diana...
susahnye prosess kelahiran. nak menanggung sakit yg memakan masa
thanks syuq.
itulah namanya pengorbanan seorang ibu pada anaknya..sanggup menahan kesakitan w/pun nyawa jadi taruhan.
Post a Comment