this time kita tengok ayam masak kurma plak ye..resipi ni aku masak weekend baru2 ni...dh lama tak masak kurma ayam...so, this is my version..hehehehehe
bahan-bahan :
- 300gm ayam (dibuang kulit & dibersihkan)
- 1 cawan rempah kurma
- 2 ulas bawang merah (diracik halus)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1/2 inci halia (diracik halus)
- 1 cawan santan
- 2 ulas bawang besar ( dibelah empat)
- cili hijau (dipotong panjang)
- cili merah (dipotong panjang)
- rempah (bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih)
- 2 cawan air
- garam dan perasa
- 2 sudu minyak tuk menumis
cara memasak:
- panaskan kuali.tumis bawang merah , bawang putih , halia dan juga rempah 3 serangkai hingga wangi dan naik bau.
- kemudian, masukkan rempah kurma dan sedikit air.biarkan ia sehingga pecah minyak.
- masukkan ayam dan gaulkan sebati. masukkan garam dan perasa dan tambah lagi sedikit air. gaul sebati dan biarkan seketika.
- setelah ayam separuh masak, masukkan pula santan sedikit demi sedikit. kacau bagi sebati.
- masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar. masak lagi di atas api selama 10 hingga 15 minit.
- boleh lah diangkat dan dihidangkan..sedap dimakan bersama nasi putih semasa panas.
anak aku cukup suka dapat makan kurma..dah memang faveret dia...sebab ianya tak pedas...anyway, selamat mencuba...till next time..bye..
2 comments:
muza xpernah cube lagi masak kurma...nnti akan cube..than share resepi
anak diana cukup suka makan ayam masak kurma...kadang tu takde ayam , guna telur.pun not bad gak...
Post a Comment