ni gambar close up punye....hopefully clear lah ek..
weekend baru ni aku masak simple je..kebetulan aku ada beli tofu telur.kang biar lama2, jadi tak elok plak. so , memandangkan sayur bayam pun ada, carrot pun ada. cara masak pun ala2 mcm kailan ikan masin gak. jom kita tengok bahan2nya..
bahan -bahan :
- 200gm bayam (dipotong kecil)
- 1 batang carrot ( dipotong panjang)
- 1 bungkus tofu telur (dipotong bulat)
- 2 ulas bawang merah 9diracik halus)
- 2 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 mangkuk kecil udang gelagau
- 3 sudu sos tiram
- sedikit garam
cara memasak :
-panaskan minyak. goreng tofu telur. angkat dan toskan. ketepikan dahulu.
-tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
-masukkan sos tiram, carrot. biarkan mendidih seketika sehingga carrot lembut.
-masukkan udang gelagau dan bayam. masukkan garam secukup rasa.
-akhir sekali baru masukkan tofu yang telah digoreng tadi. kalau nak tambah air pun boleh.
sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan.
1 comment:
hurmmm
cam marvellous jer
Post a Comment