resipi ni aku amik dari
Dapur Tanpa Sempadan- Mat Gebu sebabnya aku tengok nampak sedap lah pulah ayam mas merah. dan kebetulan , dalam fridge ada banyak stok ayam...hehehehehhe...bila dah masak , rasanya mcm masak paprik pun ada , macam masak merah pun ada.kla, taknak citer panjang , jom kita tengok resipinya...
bahan -bahan :
- 500 gm ayam (potong ikut suka)
- 2 sudu kecil kunyit
- 2 sudu kecil garam
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 3 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 inci halia ( ditumbuk tapi aku racik je..)
- 3 sudu besar cili kisar (aku pakai cili boh instant punye...)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin tomato puri (aku pakai 5 sudu besar sos tomato)
- 2 batang serai (dititik)
- 1 biji cili hijau (potong serong)
- 1 tangkai kulit kayu manis (rempah tumis)
- 2 bji bunga lawang (rempah tumis)
- 4 tangkai bunga cengkih (rempah tumis)
- 1/2 cawan air
- garam & gula secukupnya.
cara memasak :
1. ayam dicuci bersih. satukan dengan garam dan kunyit. perap selama 20 minit. kemudian goreng sehingga agak kekuningan. angkat dan
toskan.
2. keluarkan minyak lebihan , tinggalkan 1/3 minyak sahaja. tumis bunga lawang , kulit kayu manis , bunga cengkih , bawang putih ,
halia , serai titik & cili kisar sehingga naik bau & pecah minyak.
3. masukkan tomato puri / sos tomato, cili sos dan kacau sebati. kemudian , masukkan ayam , cili hijau , bawang besar dan air. kacau
sebati dan masak sehingga kuah agak pekat.
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. bila rasa dah ok tu , bolehlah diangkat. hiaskan dengan kacang peas dan bawang goreng.
(kacang peas aku tak pakai...hehehehe..letak bawang goreng je)
masakan ni sedap dimakan bersama nasi panas atau nasi beriani ke...hehehehhehe...nanti aku nak try buat nasi beriani lak. to Mat Gebu , thanks for the recipe and sorry ada tukaq sikit u punya resipi..hehehehe
1 comment:
sedap...harus cube nie...
Post a Comment