2 hari lepas dah tak tau nak masak ape...so , nak senang citer , aku buat sardin masak sambal je. tapi tu pun tak pedas sangat sebab nanti jafin takleh nak makan plak. oklah , taknak citer panjang..jom kita tengok resipinya...
bahan - bahan :
- 1 tin sardin
- 2 ulas bawang merah (diblender)
- 2 ulas bawang putih (diblender)
- 3 sudu besar cili boh (nak buat sendiri boleh , nak pakai yang instant pun boleh)
- 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
- 1 tangkai cili hijau (dibelah empat)
- 1 tangkai cili merah (dibelah empat)
- garam dan perasa secukupnya.
- 1/2 cawan air asam jawa
cara memasak :
1. panaskan kuali. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi dan naik bau.
2. kemudian , masukkan cili boh dan biarkan masak seketika hingga pecah minyak.kemudian masukkan air asam jawa.
3. setelah itu , masukkan sardin. biarkan masak dalam 10 minit. masukkan bawang besar , cili hijau , cili merah.
4. masukkan garam dan juga perasa.biarkan mendidih lagi dalam 10- 15 minit.
5. boleh lah diangkat. sedap dihidang bersama nasi panas atau cicah dengan roti.
Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
-
Aku selalu tertonton 'live' dari pelbagai pengguna TikTok mengenai
perubahan hidup mereka dari seorang yang obes ke bentuk badan manusia
normal. Macam ma...
3 days ago
1 comment:
sedap pulak nampak sardin..tambah pulak makan ngan nasik panas..adoii tetiber lapar.
Post a Comment