bahan-bahan:
1 ekor ikan merah (dibuang sisik & perut serta dibersihkan)
setangkai daun bawang & daun sup (dicincang halus - hiasan)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kering (yang telah siap dikisar)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
4 sudu besar gula
1 labu bawang bombay (dipotong bulat)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
2 sudu tepung jagung (dicampur dgn air)
4 cawan air
bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia (ikut suka nak banyak mana)
cara memasak :
- goreng terlebih dahulu ikan merah sehingga agak garing.angkat dan ketepikan.
- kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar . biarkan sampai pecah minyak
- setelah itu , masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram dan air.biarkan mendidih seketika.
- kemudian masukkan bawang bombay , lobak merah dan gula.kacau sebati.
- kemudian masukkan tepung jagung dan garam secukupnya. biarkan mendidih seketika.
- angkat dan tuangkan atas ikan merah yang telah digoreng. hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
- sedap dimakan dengan nasi semasa panas2....
SELAMAT MENCUBA.....
P/S : kalau nak guna ikan lain selain ikan merah pun boleh....
No comments:
Post a Comment