Friday, May 14, 2010

Perkenalkan..Emeth Hirzy Halifi

Assalammualaikum kawan2 bloggerz..dh lama aku x update kan..oklah..n3 ni is all about our 3rd prince charming..Emeth Hirzy Halifi b Johan Haswandi. oklah..ekceli citernya begini.

28/4/2010 :

8.00am -pagi tu aku rasa memang malas nak pegi keje tapi nak buat camna..kenalah jugak. but then, anak aku yang sulung mengamuk nak ikut. aku umpan cakap nak belikan mc'd.pastu , aku send kedua2 duanya ke umah babysitter.pastu aku ikut asben aku ke serdang, katanya nak amik barang dari supplier. aku cakap oklah. then , tetiba, start dr pukul 9.30 pagi, aku tengok perut aku mengeras setiap 10 minit. aku call hospital.katanya suh datang cek bukaan dulu.


11.35am - aku sampai kat hospital. aku masuk ke bilik screening dulu. setelah buat semua rutin seperti biasa , nurse staff suh aku baring. nak pasang CTG scan tuk tgk contration and keadaan jantung baby. x lama kemudian , doc masuk and cek bukaan kat ''bawah''..katanya dh terbuka 4cm. patutlah selama seminggu aku dok rasa ada mcm air keluar sikit2 bila berjalan ke, duduk ke..rupanya dh terbuka...pastu doc kata nak terus tolak masuk labour room.


4.30ptg - aku ditolak masuk ke labour room setelah air tuban aku dipecahkan. but before that, aku kena pakai oksigen sbb baby tido. carta nya mendatar aje...tapi sib baik, x sampai 10 minit, baby dh bangun balik.


5.00ptg - asben aku dipanggil masuk ke labour room. kat dlm labour room , aku dh dimasukkan dengan ubat utk contraction and jugak drip air sbb kena puasa. bila dh dimasukkan ubat bagi sakit , contraction aku pun bermula tapi aku masih boleh bertahan lagi. staff nurse ada offer kat aku ubat tahan sakit tapi aku xnak. katanya kalau dh 5cm, diaorg x bagi ubat tahan sakit tapi nanti nak meneran, kena push sekuat abis la..maknanya , aku kena berusaha sedaya upaya utk anak aku..


8.00mlm - doc masuk cek bukaan lagi, katanya masih jauh lagi kepala baby and bukaan pun x a banyak w/pun dh masuk ubat air. masa ni bukaan baru dlm 5cm je. dlm hati aku berdoa pada Allah supaya senangkan aku lahirkan anak ini melalui proses bersalin normal. ye la, mana taknya , dlm pantang, aku kena jaga tiga2 anak aku..abis kalau operate, x ke susah..tapi masa ni contraction aku dh makin kuat.


10.00mlm - doc datang cek lagi. masa ni contraction dh makin kuat tapi pintu cuma baru 6cm aje. then, doc tgk pada CTG scan..katanya bacaan jantung baby sangat lemah dan kemungkinan baby jugak besar.doc bagi aku masa sampai pukul 11.00 mlm. katanya, kalau still x memuaskan , aku kena operate. dia takut masa aku nak meneran , jahitan dan parut ceaser lama akan terbuka.


11.30 mlm - doc dtg cek lagi. katanya dia x boleh tunggu lagi. tapi sebagai seorang ibu, aku tau aku boleh bersalin normal and dlm diam, aku pujuk baby dlm perut supaya keluar ikut pintu. asben aku dh pening kepala. last2 aku kata , xpelah kalau kena operate...yang penting, baby keluar dengan keadaan sihat dan sempurna.


11.45mlm - aku disiapkan utk masuk ke bilik operate. dlm pada itu, tetiba aku rasa mcm nak meneran. mcm nak terberak sesuatu yang keras. doc pesan jangan meneran sbb aku nak kena operate. katanya teran buat apa. aku balas dengan menjerit.."abis tu, dh rasa nak meneran..nak buat camna.dh rasa baby dh nak kuar''..doc cek lagi bukaan pintu, baru 7cm katanya. jauh lagi..
12.00mlm - aku ditolak ke OT. dlm pada itu pun aku masih meneran lagi. nurse semua berenti dan cek bukaan, dh 8cm...


12.30am - aku di OT. masih lagi meneran dan sakit yang terammmmmmmat sangat. sbb aku x amik ubat penahan sakit..padan muka aku...staff nurse tanya " puan nak meneran ke?" aku cakap lah "ye..saya nak rasa nak meneran ni..rasa mcm nak terkeluar dh!!"..then , staff nurse cek, ngam2 bukaan pintu dh 10cm. so, semua staff nurse dan doc yang nak operate aku tu guide aku utk aku push baby keluar.


1.07am - akhirnya, setelah berhempas pulas selama 1/2 jam, aku selamat melahirkan seorang lagi putera ketiga kami..Emeth Hirzy Halifi pada jam 1.07 am dengan berat 3.88kg..besar gile anak aku no.3 ni...patutlah lama sangat nak keluar...asben aku pun terkejut bila dia dapat tau aku bersalin normal dlm OT. tapi syukur alhamdulillah semua selamat...









inilah putera ketiga kami...Emeth Hirzy Halifi sejam selepas dilahirkan..muka sebijik ikut abangnya yang sulung..

Saturday, April 3, 2010

Annoucement....!!!

yooohoooo....ass'kum semua, ni nak bagitau ada sikit berita..aku dh terbitkan lagi satu rumah blog yang mana aku khaskan utk tempahan2 kek dan juga cupcakes..ianya telah dirasmikan secara un'officially'..(cuma tunggu nak diregisterkan dlm SSM sahaja...wahhh..gitu sekali perancangan yang aku buat.hehehehehe). Kepada sesiapa yang nak menempah / ada sebarang pertanyaan menegenai homemade kek and cupcakes yang aku buat , boleh layari
htt://djbakery10.blogspot.com. Kat sana ada segala detail mengenai harga dan juga telah disediakan order form bagi yang ingin menempah..hehehehhe..and mana2 n3 tentang tempahan2 yang aku terima , telah aku pindahkan ke blog DJ's Bakery tu. So, kalau ada yang ter'delete' komen , aku mintak maaf lah ye..hehehhee..kla, will see u guys on next n3..bye..

Wednesday, March 24, 2010

Buttercream deco class on 23/3/2010 (3D decoration)

Ass'kum my blogger frenz...sihat semua?..n3 kali ni tentang class buttercream decoration yang aku hadiri pada 23/3/2010 @ BAKE WITH YEN..sebuah kedai yang membekalkan barang2 kek/ roti atau yang seangkatan dengannya. Actually dh lama aku teringin nak pegi ke class men'deco'..ye la, nak belajar lagi skill mengunakan buttercream & nozzzle. nak upgrade skill la katakan. And of kos, hubby aku bagi moral support...(hehhehehe..)kla, xpayah nak citer panjang2, jom layanz gambar yang sempat aku upload. Ada banyak gambar tapi x larat nak upload..layanz je ek..


para peserta sedang melihat bagaimana Mr.Hau menyapu buttercream pada model yg telah siap digubah menjadi bentuk kapal terbang..


Mr.Hau menunjukkan cara2 mengunakan nozzle no.29 & 28, utk men'decorate' kepala kapal terbang..


taraaaaa...hasil terbaik dr aku...inilah hasil yang telah aku pelajari sepanjang 4 jam berada di class itu (pandangan sisi)


pandangan sisi



pandangan dari hadapan...

okla kan...ada improvement sikit...weeeeee...suka aku. kla, sesiapa yang menempah 3D dlm nombor (no 1 hingga 0) , tempahan dibuka (call / sms diana 017-3729232). Selain dr bentuk no, harap maaf, tiada buat masa ini. and harga bergantung kepada size & juga decoration...harap maklum. kla, sampai sini dulu, see on next n3.




Thursday, March 4, 2010

Chocolate for hubby's birthday..

wahhhhh...coklat lagi....sejak dh nak dekat due ni, asyik coklat jek aku makan..kla, coklat ni aku order dr kawan baik aku masa zaman sekolah sampai sekarang... noor hayu...dia berniaga homemade coklat and guess what?....aku lah 1st customernya..and of kos as a friend , aku support bisnes yg dia buat..ni aku order tuk birthday hubby tersayang sbb memandangkan hubby aku ni kurang sikit makan kek...bukan x suka tapi kurang gemar...hehehhehehe(padahal isterinya berniaga kek tu...)and salah satu sbb pun aku malas, bleh?!...hehehehehhe..bagi aku, rasanya ok and not bad at all. anyway, layan pics je ek..

9 pieces dark coklat with almond + window box packing..
yg korang nampak ada tempat kosong tu, isinya dh kena 'ngap' sebelum sempat aku snap..
filling dlm boleh choose sama ada strawberry/orange/mint/pecan/nuts/white milk coklat


ni lah box nya. ayu kata memang dia jual siap ngan box. boleh pilih nak box window mcm ni atau box transparent yg murah sikit. so, sesapa yang nak order, boleh e-mail kat aku(merangkap sebagai ejen jualan coklatnya..hahahahhaha..perasan) atau terus ke blog noor hayu.

kla, see @ next n3 plak ek..take care semua..bye

Wednesday, February 24, 2010

Birthday JAFIN & DANIAL...(again)

hai....ari tu aku dh promise nak masukkan n3 pasal birthday putera2 kesayangan aku ni kan..ha, ni lah...dua org punya birthday. date nya selang seminggu ..tu yg aku buat sekali jek senang. keknya pun aku bake sendiri...puas hati & tercapai gak niat aku nak buat kek guna edible image transformers...hehehehhe..kla, n3 kali ni aku xnak citer panjang..layan pics je ek..

time to cut the cake...
huhuhu..danial dh x sabar nak tiup lilin...

hehehehhe..lilinnnya 3 btg aje..jafin 3 tahun, danial 1 tahun.cukuplah kan?hehehehehe


1st time using edible image...nak order bolehlah tapi edible image tu depend pada stok available je ek...
6'' choc moist cake + choc buttercream + almond nibs & colouring rice + edible image
kla, see @ next n3 plak ek...bye!!!




Saturday, February 20, 2010

Celebrate birthday JAFIN & DANIAL @ petrosains & Aquaria KLCC

Ass'kum all my friends...wahhhh..dh lama aku tak meng'update' blog..hehehehhehehehe...bukan xde masa, tapi malas giler. now, disebabkan ada free time, aku update ler apa yg telah berlaku dlm hidup aku lately ni..oklah, tengok title pun dh tau kan. 6hb Februari 2010, anak teruna aku yg no.2 dh pun berusia 1 tahun..but before that , abangnya pun dh menjangkau 3 tahun pada 27hb Januari 2010. dekat2 je kan date birthday diaorg ni. selang seminggu jek..and disebabkan date yg dekat, aku ngan hubby decide celebrate kan sekali gus dua2..gambar celebrate ngan kek, nanti aku upload kendian di n3 yg lain...

aku selalu buat kelainan bila ada special occasion .cth mcm birthday anak2 aku dua org ni. This time , aku ngan hubby decide nak celebrate kat luar ngan bawak diaorg pegi jalan. ye lah , aku ngan hubby selalu busy ngan keje, sampai xde masa nak spent time ngan diaorg. so , aku ngan hubby amik cuti, bawak diaorg jalan2. Jalan ke mana?haaaaaa....ke Petrosains & Aquaria @ KLCC. Best woooooo.....selain setakat jalan2 je, ada gak pengetahuan yg diperolehi...sbb tempat2 mcm ni bagus untuk perkembangan minda kanak2 dr sebaya JAFIN. Contohnya kat Petrosains , mcm2 yg boleh dipelajari...tentang tenaga kinetik , tenaga bunyi , sentuhan maya , belajar geografi muka bumi , tentang kejadian alam semulajadi dan banyak lagi lah.

Ari tu , boleh dikatakan agak penat lah gak bagi aku yg mengandung ni berjalan sampai 2 tempat yg berlainan walaupun dekat. tapi nasib baik lah ada air - cond.hehehehhehe...kla...nak citer pun panjang tapi apa yang penting , hajat aku suami isteri nak bawak anak2 ke sana dh tercapai. and most important is , we have a great day that day...jom kita layan pix yg aku upload..(ni pun 1/2 je sbb banyak sangat gambarnya)...

Ni gambar kat Aquaria , KLCC - masa ni danial dh tido sbb kepenatan sangat. so , yg banyak berposing, jafin je ler...layan je ke..








Ni gambar di Petrosains KLCC...-
hubby tengah mencuba modul sleeping bag yg terdapat dlm kapal angkasa. bapak pulak yg lebih dr anaknya..hehehehe....




jafin & danial tgh tengok show about sains...


arggggghhhhh...dinosour ni makan tangan papa...!!!!


jafin with mama yg semakin tembam..hehehehhehehe


danial with mama..ala adik, hidung tu slek la...


entrance kat Petrosains...danial sibuk nak tengok muka papa...


papa tengah ajar jafin tentang tenaga kinetik, keupayaan dan haba...pelajaran sains..moga jadi genius la anak mama ni yek..


peace from jafin



lastly , boleh bezakan x?pose in tiger suit...
MUHAMMAD JAFIN HALIFI - 27/01/2007



MUHAMMAD DANIAL HALIFI- 06/02/2009


HAPPY BIRTHDAY TO BOTH OF MAMA & PAPA BOYS...MAY ALL THE BEST WILL BE WITH U GUYS...AMIN..











Thursday, January 21, 2010

GIANT supermarket

n3 ni plak pasal gelagat anak2 teruna aku dua org ni. ari sabtu yg lepas, aku bawak diaorg pergi ke pasaraya GIANT , bukan tuk shopping barang2 dapur tapi just semata2 bawak diaorg ke playground yg ada kat sana. actually JAFIN yg sibuk nak pergi..hari2 dia tanya "nak gi iant te?ite di iant nak?"..tengok tu, kecik2 dh pandai mengatur weekend nyer schedule. so, aku x sampai hati, bawak gak lah. lepas aku antar kek yg syuq order, terus aku drive menuju ke GIANT bdr kinrara, dekat sikit ngan umah aku...jom, kita layanzz je ek gambar2 yg sempat aku snap...


siap nak posing amik gambar w/pun dh abis timing naik keta kontrol tu
danial yg kegeraman sbb keta dia xleh bergerak...salah satu sebab pun kaki dia x sampai..hehehehhehehe

tension je nengok abangnya main...sabar dik..sabar...burfday nanti, naiklah puas2..


hahahahha..yg plak, dh bosan naik, nak tukar pegi tempat lain plak. yg jafin naik ni, free, naiklah bape kali pun..dia stop je, tekan start balik..



muka steady je danial...jenuh aku pujuk nak turunkan dia.....free la katakan..

kla, sampai sini dulu n3 kali ni. next time n3 pasal birthday 2 org putera ni plak..maybe aku sambutkan sekali dua2, mana taknya, selang seminggu je..hehehhehe...kla, see u next time, bye




Friday, November 20, 2009

Besday Angah (my sis)

walauwei..hehehehe..ni plak kek besday adik aku, saja aku buat for her birthday. ni pun setelah banyak kali wrong & error , barulah menjadi sikit. okla tu kan. nampak better sikit la dr kak zana punya order ari tu..hehehehe..dun worry , akan ku upgrade lagi skill mem'baking' ku ini..kla, layanzz gambar je la..


cake chocolate moist + choc ganache + choc rice


kla, till next time..bye and take care..

abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin