Thursday, May 28, 2009

ke zoo negara



belun ready lagi la....





baru nak masuk dalam..posing dulu ek...






jafin with his lovely mum...

















halooo...baru bangun tido ni....comel tak saya?hehehehe









ni satu je gambar terbaru...masa ni aku tgh preggy 8 1/2 bulan...nak tiba time dh tu...leh plak berjalan jalan lagi.aku teringin nak pegi zoo, so hubby aku pun bawaklah, taknak anaknya kempunan plak nanti...hehehehe








ni actually dh lama dh.masa tu jafin baru berumur 11 bulan la aku rasa. saja jer bawak dia..sbb aku teringin sangat nak bawak dia. ye la..nengok org lain bawak anak kan..kebetulan masa tu plak cuti sekolah. , jadi ramailah mak bapak bawak anak memasing.dan nasib baiklah masa tu tak hujan..cuaca sedang sedang elok jer...















agak lama la gak kitaorg be'round' kat dalam zoo tu. ada pertunjukkan haiwan tapi tak sempat nak amik gambornya...sbb ramau sangat orang..





tugasan setiap hari (pagi & petang).....~~~

danial melayan perasaan tu....termenung pikirkan masa depan ni lah rumah babysitter tu...rumah mamanek...besar gak la...

jafin tengah standby nak halau mamanya..hehehehe
huhuhuh....sibuk ngan lorinya...mana pegi..woyi...



salam semua, rasanya dh seminggu tak update blog ni. bukan ape, bz sikit. dengan mak aku nak masuk hospital lagi...so, a little bit of kelam kabut la. ni baru nak start update...kita mulakan dengan rutin aku setiap hari dan setiap petang except saturdays and sundays la. coz hujung minggu aku jaga sendiri anak2 aku.
everyday...dh macam sebati ngan aku..tugas aku setiap pagi kena hantar kedua dua anak aku ke rumah babysitter yang terletak kat puchong jaya.alah, tak jauh pun dari umah aku, lebih kurang dalam 10 minit perjalanan la..babysitter ni aku kenal pun sebab suami aku ngan anaknya kawan baik.dulu mak dia ada jaga sorang lagi budak tapi budak tu skang dh tadika. so, sebelum danial dilahirkan, dia cuma jaga jafin sorang je.setiap pagi aku antar naik motor je.
sekarang ni , dia jaga kedua dua ank lelaki aku.kenalah aku antar diaorg pakai keta plak.takkan nak naik motor.anak aku panggil mamanek, hehehehe...kelakar pun ada..dia sendiri yang cipta nama tu.petang plak,seperti biasa, lepas balik dari kerja , aku amik kereta kat rumah, then baru pegi amik diaorg kat umah babysitter...
oklah..layanzzzz dulu ek...





Wednesday, May 20, 2009

sweet sour ikan merah


bahan-bahan:
1 ekor ikan merah (dibuang sisik & perut serta dibersihkan)
setangkai daun bawang & daun sup (dicincang halus - hiasan)
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili kering (yang telah siap dikisar)
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
4 sudu besar gula
1 labu bawang bombay (dipotong bulat)
1 biji lobak merah (dihiris halus)
garam secukup rasa
2 sudu tepung jagung (dicampur dgn air)
4 cawan air
bahan kisar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia (ikut suka nak banyak mana)
cara memasak :
  1. goreng terlebih dahulu ikan merah sehingga agak garing.angkat dan ketepikan.
  2. kemudian, tumis bahan kisar sehingga naik bau. kemudian masukkan cili kisar . biarkan sampai pecah minyak
  3. setelah itu , masukkan sos cili , sos tomato , sos tiram dan air.biarkan mendidih seketika.
  4. kemudian masukkan bawang bombay , lobak merah dan gula.kacau sebati.
  5. kemudian masukkan tepung jagung dan garam secukupnya. biarkan mendidih seketika.
  6. angkat dan tuangkan atas ikan merah yang telah digoreng. hiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
  7. sedap dimakan dengan nasi semasa panas2....

SELAMAT MENCUBA.....

P/S : kalau nak guna ikan lain selain ikan merah pun boleh....

Tuesday, May 19, 2009

tasik puchong

besar gile ikan belida ni....hooray !!!
aku plak nak pegang (dlm gambar ni : johan a.k.a hubby aku )

cepatlah...ikan ni dh mengeliat ni..panas lak tu...

well, this time pergi memancing kat tasik kat puchong plak...tak taulah kat mana, tapi aku tau kat puchong je. ada la dapat ikan belida (yg dalam gambar ), ikan lampan & banyaklah lagi ikan ape pun aku takleh nak cam. dah letih gi mancing kat laut , hubby aku gi mancing kat tasik plak..heiii..dh jadi gila memancing plak dh skang ni...fenin, fenin ana...
tapi sekali sekala , takpelah kan..alhamdullilah , dapat gak makan ikan..takyah aku susah susah pergi pasar...save sikit..heheheheh..well, folks , just layanzzzzzz the pic ok...

sup sayur & fishball



bahan-bahan :

fisball ( ikut suka larr nak letak banyak mana..)
cendawan ( 1 peket)
sayur bayam (pun ikut suka nak banyak mana)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
garam & perasa
minyak (2 sudu)
air (tuk buat kuah)

cara memasak :

  1. tumis bawang merah & bawang putih. sekejap je tumis .
  2. masukkan cendawan , fishball ngan bayam. masukkan air jugak.
  3. masukkan garam & perasa. kacau sebati & biarkan mendidih seketika.boleh angkat & hidangkan....

senang dan simple je kan....

perginya Mak Uda yang disayangi...

Isnin , 18 Mei 2009 , bersamaan 23 Jamadilawal 1430 Hijrah...mak uda telah pergi mengadap Illahi...Allah Yang Maha Esa...aku nak amik gambar upacara pengembumian, segan lah plak.ye lah..org lain tgh sedih2..tetiba aku sibuk jadi cameraman kat kubur.
Mak uda actually dh masuk ke hospital serdang dh hampir 2 bulan. nagm2 selepas aku habis pantang danial. memula dia masuk wad biasa je , then tak lama lepas tu , kena masuk CCU plak. disebabkan jantungnya berair dan berkuman. dari CCU tu lah , dia mula tak sedarkan diri, then masuk plak ICU. agak lama dia kat ICU tu. sian aku tengok. ada lah aku sempat melawat dia..tak silap 3 kali arr...
Tu yang pagi semalam , lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi , bapa mertua aku bagitau yang mak uda dh meninggal dunia. Innalilahhirajiun.....akhirnya dia pergi jua mengadap Ynag Maha Esa.
Apa pun , aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan kekasih Allah. Amin...

nasi goreng diana style

ari jumaat tu..datanglah mood malas nak masak.tetiba je perut ni rasa nak makan nasi goreng.so, aku pun carilah bahan2 kat dapur rumah nak masak nasi goreng. nilah hasilnya...so , enjoy de picture je ek...

bahan-bahan:

3 cawan nasi goreng
15 ekor udang (sudah dikopek kulit & dibersihkan)
ikan bilis (ikut suka)
3 ulas bawang merah (dimayang bulat)
2 ulas bawang putih (diana ketuk aje...)
2 biji telur (digoreng terlebih dahulu & hancurkan)
daun kucai (diracik halus)
garam & perasa
minyak
3 sudu cili boh
3 sudu kicap lemak manis

cara memasak :
  1. panaskan kuali dengan minyak masak.tumis bawang merah , bawang putih sehingga naik bau.
  2. masukkan ikan bilis.goreng hingga garing. masukkan cili boh dan udang. kacau sebati
  3. masukkan nasi , daun kucai dan telur yang telah digoreng tadi. kacau sebati
  4. masukkan garam , perasa dan kicap. kacau lagi sehingga sebati dengan nasi.
  5. angkat & hidangkan...

SELAMAT MENCUBA YE....

Friday, May 15, 2009

double choc blend

bahan-bahan:
susu segar dutch lady (250ml)
chocolate powder - 50gm
cooking chocolate - 10 keping (dicincang)
ais kiub secukupnya


cara membuat :
  1. panaskan susu segar sehingga mendidih.masukkan chocolate powder ke dalam susu.
  2. kacau sebati.then , masukkan cooking chocolate.
  3. kacau sebati.then , masukkan ke dalam blender bersama2 ais kiub.
  4. kisar sehingga halus. nak lebih sedap lagi , taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan ke atas minuman.

selamat mencuba ek..sesuai tuk minum petang or special occassion...

abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin