Monday, July 6, 2009

Nasi Tomato



weekend baru ni, saja aku try skill buat nasi toamato. bosanlah asyik buat nasi ayam je...oh ye , nanti aku post kan n3 nasi ayam...resipinya ni aku amik dari ummi Home Sweet Home...thanks ummi, diana copy paste aje yek...hubby kata sedap, pasni leh buat tuk open house raya plak...hehehehhe..insyaallah...


bahan -bahan :

- 5 cawan beras (ikut lah banyak mana nak...kalau nak sedap , guna beras basmathi)
- 1/2 cawan susu cair
- 4 biji tomato (dicincang)
- 1/2 cawan sos tomato
- 2 sudu besar marjerin/ minyak sapi
- garam
- air (ikut sukatan nasi)
- daun sup / bawang (tuk hiasan)
- bawang goreng

bahan tumis :
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang

cara memasak :
- panaskan kuali dengan marjerin. tumis bawang merah , putih , halia & rempah tumis hingga wangi & naik bau.
- masukkan susu cair , sos tomato , tomato , garam. gaulkan rata.
- tambahkan air & biar ia mendidih seketika.
- beras (dibasuh & ditoskan dahulu). masukkan bahan yang dimasak ke dalam periuk nasi elektrik , masukkan beras.
- masak nasi seperti biasa. bila telah masak , kacau rata perlahan- lahan.
- hiaskan lah dengan daun bawang/ daun sup & bawang goreng.


nasi tomato ni lauk sampingannya aku masak kari ayam... sebelum ni ada aku masukkan n3 about kari ayam...nak masak daging hitam blackpepper, tak sempat..takpe, nanti aku upload kan ke....kla , till next time , bye. SELAMAT MENCUBA....
Posted by Picasa

Thursday, July 2, 2009

masak lemak kobis




ni resipi yang paling mudah sekali masak..masak lemak. kla, taknak citer banyak , jom kita tengok resipinya...
bahan-bahan :
- 200 gm kobis (dipotong kecil)
- 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
- 2 ulas bawang merah (diracik halus)
- 2 ulas bawang putih (diracik halus)
- 1 biji kelapa (diperah santannya)
- 1 mangkuk udang kering / basah
- garam
- sedikit gula
cara menyediakannya :
- Masak santan selama 5 minit diatas api sederhana. Kemudian masukkan kobis , lobak merah ,
bawang merah , bawang putih.
- Masak lagi selama 10 minit. Perasakan dengan garam & gula. Agak2 dh ok, bolehlah diangkat &
dihidangkan.
Sedap dimakan dengan ikan goreng bercili...nantilah , aku upload plak...Senang je kan resipi ni...lebih keurang mcm rebus, cuma letak santan. k, till next time, bye.

sawi ikan masin


Selalunya kita biasa dengar kailan ikan masin kan....?ha , kali ni aku tak buat kailan, aku guna sawi...jenuh aku cari kailan kat pasar malam, takde...belasah je la guna sawi...so, jom kita tengok ape resipinya...
bahan-bahan :
- sayur sawi (dipotong kecik)
- 1 ekor ikan masin (ikut suka hang pa la nak pakai ikan apa pun)
- 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 3 ulas bawang merah (dihiris halus)
- 10 biji fishball (dipotong dua)
- 2 sudu sos tiram
- 2 sudu kicap pekat
- sedikit gula
- sedikit garam (jika perlu)
- 1/2 cawan air
cara memasak :
- panaskan minyak. tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau. kemudian
masukkan ikan masin. biarkan masak hingga agak garing.
- masukkan sos tiram, kicap pekat dan fishball. biarkan dalam 5 minit. kemudian masukkan air.
- masukkan sawi , gula , garam. masak lagi dalam 10 minit, bolehlah diangkat & dihidangkan.
resipi ni tak amik kat mana2 blog atau laman web...aku cipta sendiri..hahahahaha...boleh tak?boleh jerr...aku main campak2 je, janji sedap & boleh dimakan...hehehehehehe...anyway , till next time, bye.

Wednesday, July 1, 2009

"BACALAH YASSIN"..

Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud "Bacalah surah yassin kerana ia mengandungi keberkatan"...:

  1. Apabila orang lapar membaca surah yassin , ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika org tiada pakaian, boleh mendapat pakaian
  3. Jika dlm ketakutan , boleh hilang perasaan takut
  4. Jika tersesat , boleh sampai ke tempat yang ditujuinya
  5. Jika dibaca kepada org yang meninggal dunia , akan diringankan siksaannya
  6. Jika orang dahaga membacanya , akan hilang rasa hausnya

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah Yassin. Sesiapa membaca yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebnyak 10 kali."

Ada banyak lagi keistimewaan membaca surah yassin ni tapi aku letak sikit....kalau nak tau , bacalah YASSIN....kla , till next time, bye...

Monday, June 29, 2009

....JANGAN sIMpaN DUIT !!! - (something to share)..

Artikel ni aku dapat e-mail dari kakak iparku....dia ni rajin betul meng'forward'kan e-mail2 yang berbentuk artikel tuk dijadikan informasi...so , let's read ape maksud artikel ni. Then, korang fikirlah sama ada benda ni logik atau tidak, sama ada ianya rasional atau tidak ye....

..."Jangan simpan duit....kertas atau elektronik..."


" Aku tak baca detail sangat tapi sejak jadi unit trust consultant ni , aku tau satu rule yang disebut RULE 27...org ekonomi tau benda ni. Kalau nak tahu half value the money....guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate. Sekarang ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say..dlm masa 18 tahun lagi , value duit RM100 kan jadi RM50.

Oleh itu , saving kita hendaklah cari yang dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Cthnya ; kalau saving dlm tabung haji... 4.75% dengan interest rate 4% , dlm masa 18 tahun akan datang , secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75%.

Pasal financial planning tu , ada yang kata duit boleh disimpan sampai 2nd & 3rd generation...but aku ragu2 sikit sebab apa yag aku tahu , pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yang teruk yang boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (memang mereka bukan Tuhan , tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yang kukuh untuk sokong pendapat mereka ). Pakar ekonomi Islam yang merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti terjadi.

Bila ekonomi kapitalis collapse , kita tak boleh amik duit dalam bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr. M. Dia kata ni pasti terjadi dalam masa terdekat , 5 tahun , tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung UMNO. Dia kemukakann bukti berupa kenyatan2 dari penasihat2 Bush , professor di Harvard & Oxford , org2 kuat IMF , Bank Dunia & segala sifu2 zionis. Mereka kata system ekonomi kapitalis akan collapse , keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia tahun 1930's. Dan dia juga menulis buku bertajuk "Fast Forward"...

Umar Vadillo yang terkenal pernah mengkaji system kapitalis. Katanya , sistem kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang banyak membeli duit emas yang dikeluarkan oleh syarikatnya yang beribupejabat di Dubai & cawangannya di Labuan. Katanya org Malaysia yang paling banyak menyimpan dlm akaun syarikatnya ialah Dr M & Pak Lah. Maknanya diaorg ni memang well prepared utk hadapi kehancuran sistem kapitalis.


Seorang Professor , Prof Kamil ada tulis buku pasal duit kertas & duit dlm bentuk angka ni (duit elektronik). Katanya duit dlm bentuk angka tu tak wujud sebenarnya dlm bank. Duit kertas yang kita simpan di bawah bantal atau tabung di rumah pulak , akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali. RM 1000.00 hari ni tak boleh ape pun pada masa depan. Terkejut aku baca penerangannya pasal 'money creation' oleh bank. Masalahnya cerita ni takkan keluar dlm arus perdana Malaysia (utusan , berita harian , star , nst)...Akhbar kita hanya memetik sebijik2 dari CNN , BBC...yang sebenarnya tak betul....Media mcm ni takkan cakap perkara yang benar. Kebenarannya , ekonomi sekarang sudah teruk..nak tahu teruk atau tidak , bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 zionis seperti Herald , Weekly Commentator , Jerusalem Post dan etc. Akhbar2 ni boleh di access via internet... Kemudian aku buat research sikit2 pasal money meltdown dan juga kekayaan dlm Islam.

Kekayaan sebenar ialah :
1) tanah (lebih baik tepi sungai atau ada air yang mengalir berdekatannya).

2) emas & perak.

Dan mengejutkan , sekarang ni emaslah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar ialah di US & Europe. Nak ambil emas , mereka tukarkan kepada negara lain dengan duit kertas.
Sudahnya , kita semua satu dunia simpan duit kertas yang menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (rujuk rencana via internet yang bertajuk 'THE DEATH OF MONEY'). Yang bernilai ialah emas , miyak dan kemudian air yang bersih. (kerana air akan tercemar teruk pada masa hadapan ). BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air 'SEA OF GALILEA' (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Ada kenyataan yang menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK) , akan dengan sendirinya menjadi penyebab kepada kehancuran sistem ekonomi kapitalis nanti.

Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia tahun 1997 , angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dapat tahu apa erti kekayaan sebenar. Bila baca surah Yusuf , dia terkejut , dan baru tahu kita semua kena simpan makanan, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu US skang , selain emas & minyak , SEDANG MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH !!!...Duit kertas & duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain dimana tiga per empat dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa utk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis Amerika).

beberapa petikan :

1- "over time , there is only one direction the dollar to go- lower" (Bob Mc Teer , Presiden Bank of Dallas0

2- "we have a 75% chance of crisis within 5 years" (Paul Volker , bekas pengerusi Federal Reserve Board)

well....tuk pembaca sekalian , aku letak artikel ni sekadar ingin berkongsi maklumat tuk kita jadikan panduan. Bukannya nak suruh percaya tapi kita kena ambil langkah yang perlu tuk masa depan.....benda ni semua terpulang pada pendapat individu masing...bak kata it's better to prevent than to cure( lebih baik mencegah dr mengubat)....what ever..lu orang pikirlah sendiri...kla, till next time, bye..

Sunday, June 28, 2009

There's gone a star in our life***...

***that cloudy morning , when i heard the news that the King of Pop just died.....suddenly , i was thinking and thinking.....actually i don't know what to think...yet. it's all so sudden. and truely i shocked with the news...never thought that he will be gone at this kind of age - 50 years old...and for me , he not that old...
***actually that morning , i was driving to sent my children to their babysitter house when i heard the news about MJ...and yes all these years , i've been grow up listening to his song , dancing , his tapping shoes and of course , his controversial life...first of all , i salute the talent that was gifted to him until he became an icon in the whole world....all the lyrics in his song has a message from his truly heart...
***the love that he shows as father to both his children is all the father in the world would do..protect their love ones from any harm , no matter how and what people would say...coz i understand it...and the last thing i heard that he converted to ISLAM , which some people doubt about it. if it's true that he converted , ALHAMDULLILAH & thanks to Allah to open his heart to this pure religion....
***well , let the sweet memory lives within our life.....and let's pray to Allah to put his souls with the angels and may he rest with peace and may Allah bless u....amin...***

Friday, June 26, 2009

Award & Tag lagi......

hai to all of u...what's up. oklah, ni award n tag dari kawan aku masa belajar kat Uitm, masa tu amik Diploma - FARASELA namanya...aku rasa ni first award dari FARA ni....anyway , thanks FARA coz still ingat aku and jenguk blog aku yang tak seberapa ni. and sorylah FARA , lambat masuk entry...



a ) Link/ceritakan kembali sape yang beri award ini pada anda.....:

1. namanya FARASELA - seorang wanita yang telah berkahwin dan mempunyai sepasang
anak...(taknak tambah lagi ke?hehhehehe...)
2. suka berniaga (bisnes minded)......banyak gak barang2 yang dia jual , tapi aku tak pernah
beli..hehehehehe..sorry ye FARA...(trylah jual toys yang educational for babies & kids)
3. still duk ngan mak lagi....aiyohhh...anak mak lagi ke?hehehehehe

b) Setiap blogger mest menyatakan 10 fakta / hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya...:

1. first of all , aku suka memasak & mencuba resipi2 baru....sebab utamanya, aku suka makan.
hehehehehe..
2. sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang penyayang & baik hati serta mempunyai 2 org
hero setakat ni lah....(hahahaha...mcm ada ura2 nak tambah bilangan ahli keluarga tu...
hehehehe...)
3. suka window shopping je.....( yo la tu.....)
4. love to chat & lepaking + ngumpat (pasal adik2 aku jer....hahahahaha. tu pundengan cousin aku sendiri)
5. skrg keje ngan construction company - company family but rasanya nak cari keje lain...
(help....sesaper ada keje kosong tak?)
6. suka tengok wayang and still going to movie with my hubby...(sometimes bawak anak- tu pun
tgk citer yang dia boleh tgklah...cth : TRANSFORMERS...hehehehehe)
7. nak lagi ke?ni last lah....love to spend most of the time with family tersayang....


c) Anda mmesti menyatakan 6 penerima award seterusnya & nyatakan nama mereka di blog anda....:

- hmmmmmm....no lah..aku taknak tag sesape cuma nak bagi award je...and that's all from me...bye , till next time , k...
- Mr. Janggel
- Syuq
- Home Sweet Home (ummi)




Thursday, June 25, 2009

Pengeluaran susu ibu

n3 kali ni aku nak kongsilah sikit tips-tips macam mana nak tambahkan susu ibu bagi ibu2 yang menyusu badan like me...ye lah, ada setengah2 ibu yang bekerja, jadi pengeluaran susu tu makin berkurangan and then bila anak mintak , dah tak cukup. tips ni pun aku dapat dari artikel dan juga petua dari orang2 tua.



  • beli pam susu yang berkualiti - itu bagi yang mampu. kalau boleh , buat saving dari awal bulan mengandung (2 bulan) tuk membeli pam yang berkualiti....
  • pam / perah susu dari awal - janganlah kita pam susu lagi 2 minggu nak keje tapi kalau boleh , 2 minggu lepas bersalin , dah mula mengepam. kalau nak tahan lama , simpan susu kat tempat freezer..at least boleh tahan 3 hingga 4 bulan.
  • minum air yang banyak - bila kita menyusukan anak , letaklah air di sebelah sebab nanti kita akan menjadi dahaga bila menyusukan anak.and digalakkan minum air susu , horlicks , milo. elakkan pengambilan miuman berkafein seperti kopi , nescafe dan tea.
  • antara makanan yang boleh menambah kuantiti susu adalah seperti biji halba , habbatus sauda , kurma ,kismis , sawi ,ulam-ulaman , sup2 ayam. cthnya : nasi yang kita masak, boleh ditambah biji halba sebelum memasaknya.
  • ambil supplemen tambahan - cthnya : vit B complex , vit C , fish oil , calcium magnesium.selain membantu menambah susu ibu , ianya juga membantu memberikan tenaga kepada kita.

oklah....setakat ni je dulu tips for adding more breast milk. ada tips lain nanti aku upload lagi ek..till next time, bye.

abang & adik

abang & adik
my two litlle heroes..

danial with papa

danial with papa

on a car riding to the moon...

on a car riding to the moon...

kat KENNY ROGER'S

kat KENNY ROGER'S

abang tgh pegang adik....

abang tgh pegang adik....
danial & jafin - dj

happy time

happy time
nanajoe family

DIANA & JOHAN

DIANA & JOHAN
the loving couple

1 week old....baru maa...

1 week old....baru maa...

kat jeti

kat jeti
persatuan nelayan tmn bukit kuchai...yoyo oo aje..

posing tak hengat

posing tak hengat

jafin 2nd besday kt secret recipes

jafin 2nd besday kt secret recipes
hepi besday sayang...

besday papa yg ke -29

besday papa yg ke -29
papa with jafin